Categories
NASIONAL

Rafizi: Kalau harga barang tak turun, kita turunkan Najib

OLEH: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 JAN: Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) malam tadi berakhir dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Perhimpunan dihadiri lebih 10,000 peserta itu dimulai dengan perarakan dari bangunan pusat membeli belah Sogo dan Masjid Jamek yang  diselang-seli laungan slogan dan nyanyian memprotes langkah Kerajaan Pusat menaikkan kos sara hidup rakyat.

turun8Perarakan itu turut mendapat kerjasama polis yang membantu mengawal lalu lintas bagi melicinkan pergerakan orang ramai dan kenderaan yang melalui kawasan terbabit.

Bagaimanapun, pada awalnya kemaraan perarakan yang datang dari arah Sogo itu dihalang dengan barisan anggota polis yang cuba menutup laluan terbabit.

Tetapi akhirnya polis bertindak membuka laluan sekaligus membolehkan dua kumpulan itu bergabung menjadi kumpulan besar berhampiran Dataran Merdeka.

Kumpulan peserta perhimpunan yang dianggarkan jauh mengatasi kehadiran orang ramai menyaksikan Konsert Ambang Tahun Baru di atas Dataran Merdeka sekali lagi dihalang kemaraan oleh polis berhampiran Dataran Merdeka.

ambang2o14Bagaimanapun selepas rundingan dibuat di antara pihak polis dan wakil perserta perhimpunan akhirnya kira-kira jam 10.30 malam pihak polis melepaskan orang ramai memasuki ke kawasan Dataran Merdeka.

Meskipun tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam pertembungan penonton konsert dan perserta perhimpunan, pada jam 11.30 malam pihak penganjur konsert memutuskan untuk menghentikan konsert sambutan tahun baru itu.

Sementara itu terdapat beberapa kelompok besar perserta perhimpunan yang menyaksikan ucapan-ucapan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan NGO lain.

Antara pemimpin PR dan NGO yang kelihatan malam tadi, Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat; Shaharin; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin dan lain-lain.

Rafizi dalam ucapannya berkata, rakyat harus harus turun ke jalan raya bagi menyatakan bantahan kerana Perdana Menteri hanya memahami bahasa melalui bantahan jalanan itu.

“Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib,” kata Rafizi ketika menyampaikan ucapannya berhampiran bangunan Sultan Abdul Samad itu.

Sementara itu Badrul Hisham Shaharin sejurus sebelum perhimpunan berakhir membaca ikrar untuk meneruskan bantahan jika kerajaan terus tidak mengindahkan bantahan rakyat.

Beliau menyeru peserta perhimpunan agar mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara ini dengan tidak menimbulkan suasana tidak tenteram ketika menyertai perhimpunan.

Untuk menonton video perhimpunan itu, KLIK INI.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.