Categories
SELANGOR

Rakyat tak perlu gerun momokan Kerajaan BN nafi hak berhimpun

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 11 JAN: Rakyat tidak perlu gerun momokan pemerintah yang sering menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk menafikan hak kebebasan berhimpun yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adun Batu Caves, Amirudin Shari, berkata beliau mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam yang melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan empat yang lain daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Grafik Janji BersihKatanya, penghakiman itu merupakan satu isyarat baik buat rakyat dan membuktikan peruntukan termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 itu bersifat otokratik dan bertentangan semangat Perlembagaan.

“Melihat kepada keputusan ini yang bersifat precedent bagi kes susulan berkaitan, jelas sekali bahawa pihak mahkamah bertindak berasaskan tuntutan Perlembagaan yang memaktubkan hak berhimpun sebagai hak asasi rakyat,” kata Amirudin dalam satu kenyataan media.

Katanya, susulan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa perintah majistret melarang perhimpunan tersebut adalah tidak sah, maka Hakim Ahmad Bache di dalam penghakiman beliau pada semalam turut memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Anwar dan Azmin serta empat yang lain adalah tidak berasas.

Amirudin-Shari“Rakyat seharusnya tidak perlu lagi gentar dengan momokan pemerintah yang sering menggunakan akta itu untuk menakut-nakut dan menafikan hak kebebasan berhimpun,” kata beliau.

Sebelum ini, Azmin Ali, berkata keputusan itu patut menjadi pengajaran kepada pendakwa supaya bersikap profesional dan menjadikan undang-undang sebagai asas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.