Categories
SELANGOR

Selangor sedia lulus projek kereta kabel Kuil Sri Subramaniar

Oleh : AFIX REDZUAN

BATU CAVES 17 JAN: Kerajaan Selangor bersedia memberikan kelulusan projek pembinaan kereta kabel di Kuil Sri Subramaniar jika memenuhi semua syarat keselamatan yang ditetapkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian kelulusan itu dipertimbangkan kerana Batu Caves terkenal dengan binaan pusat rumah ibadat kaum India selain menjadi tumpuan pelancong terutama daripada luar negara.

Beliau berkata, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sudah membuat kajian lokasi pembinaan untuk memastikan projek berkenaan berjalan lancar kerana kawasan itu terdapat batu kapur.

Thaipusam“Kajian yang dibuat pakar mendapati keadaannya bagus. Kita akan berikan kebenaran untuk membinanya.

“Tetapi, saya minta jawatankuasa kuil hadir ke satu taklimat untuk melihat keadaan tanah di sini. Kita mempunyai rekod berkenaan permukaan 10 meter bawah tanah,” katanya bercakap demikian di hadapan lebih 7,000 penganut agama Hindu sempena sambutan Thaipusam, di sini, semalam.

Turut hadir adalah Pengerusi Kuil Sri Mariamar, Tan Sri Nadaraja; Exco Selangor, V Ganabatira;, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Selayang, William Leong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Abdul Khalid berkata, kumpulan pakar sudah dihantar ke Hong Kong bagi mengkaji bentuk kereta kabel yang sesuai untuk dibina dengan ciri keselamatan terbaik.

Katanya, projek itu perlu dibina dengan tertib kerana bukan sahaja membawa imej Selangor bahkan Malaysia dan beliau turut memuji berkenaan.

thaipusam“Jika pihak kuil tidak berpuas hati dengan perkara ini, mereka boleh berbincang dengan kerajaan negeri dan MPS.

“Kita tunjukkan pentadbiran selangor sangat profesional. Kita dapat tunjukkan bahawa apa yang penting, mereka yang membina bangunan mesti mengikut peraturan.

“Kita percaya permbangunan di kawasan ini akan diperkemaskan dengan lebih elok lagi,” katanya.

Abdul Khalid turut memaklumkan Selangor bakal mengumumkan pelan program pembangunan negeri untuk dua tahun dengan peruntukan RM1 bilion, pada Februari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.