Categories
NASIONAL

Tambang bas naik, Kerajaan Pusat perlu proaktif bantu rakyat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 JAN : Kerajaan Pusat perlu melaksanakan pemberian subsidi kepada pengusaha bas sekolah atau secara terus kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah ekoran kenaikan kadar tambang bas baru-baru ini.

Pengerusi Biro Pengguna PKR, Yahya Sahri, berkata tanggungjawab itu perlu diambil alih Kerajaan Pusat bagi melegakan pengguna yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup akhir ini.

yahya shari 01Katanya, Kerajaan Pusat juga boleh bertindak memberi subsidi minyak atau pengecualian cukai jalan dan insurans kepada pengusaha bas.

“Pengangkutan bas sekolah merupakan pengangkutan yang cukup penting kepada rakyat terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja.

“Kita faham ekoran kos sara hidup yang meningkat dan pemotongan pelbagai subsidi menyebabkan pengusaha bas tertekan dan bertindak menaikkan kadar tambang bas.

“Oleh itu, kerajaan perlu memberi subsidi kepada mereka atau terus kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah melalui kupon atau sebagainya,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini.

demo pelajarHari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan sekumpulan pelajar dan ibu bapa mengadakan perhimpunan aman di Pekan Sungai Dulang, sebagai simbolik protes berhubung keputusan Persatuan Perusahaan Bas Sekolah Hilir Perak menaikkan kadar tambang bas.

Kenaikan tambang bas hingga RM25.97 bagi setiap pelajar itu, dilihat tidak muhasabah sehingga membebankan ibu bapa.

Yahya berkata jika kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus seperti yang diminta Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) itu dipenuhi, ia akan lebih memberi kesan kepada penduduk termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kenaikan harga minyak dan harga gula baru-baru ini menyebabkan harga barang terutama di negeri ini mengalami peningkatan, jika ditambah pula dengan kenaikan tambang bas sekolah, ia akan lebih membebankan penduduk,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor bertindak memberi subsidi sebanyak RM300 setahun kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah di negeri itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.