Categories
NASIONAL

Biro Pengguna PKR: Bantu penoreh, jangan tunggu harga getah jatuh sampai RM1.40/kg

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 24 APRIL : Kerajaan Pusat perlu mengkaji mekanisme menyeluruh bagi mengatasi kejatuhan harga komoditi getah yang menurun teruk sejak 2011 hingga kini menjadikan harganya sebanyak RM1.80 sekilogram (kg).

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari berkata dalam keadaan ekonomi sara hidup yang meningkat, sudah tiba masa Kerajaan Pusat mencari penyelesaian menyeluruh menangani masalah itu.

getah kain rentang 1.80Katanya, dengan penurunan harga komoditi itu secara berterusan, golongan petani akan terus terhimpit dan tertekan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Harga getah yang secara berterusan menyusut ke paras cukup rendah ketika ini, ia adalah satu nilai yang tidak munasabah dalam keadaan ekonomi ketika ini.

“Kita memahami dari sudut persaingan, tetapi jika dibandingkan dengan harga komoditi sawit, ia mengalami peningkatan walaupun ada ketika ia turun,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Yahya berkata sekiranya dibiarkan, tidak mustahil harga komoditi itu mengalami penyusutan sehingga ke paras RM1.40 kg.

“Jika perkara itu berlaku, bagaimana pekebun kecil dapat menjalani kehidupan harian mereka?,” soalnya.

Beliau berpendapat sekiranya perkara itu masih berterusan, tidak mustahil kerajaan akan berdepan dengan kebangkitan gerakan penduduk desa yang menuntut kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.

yahya saari permatang 30 apr 02“Kerajaan perlu ingat insiden demonstrasi Baling 1974, jadi tidak mustahil ia akan berulang kembali. Jika rakyat di kota sudah bangkit, kini gerakan desa pula akan menuntut.

Sehubungan itu, katanya, Menteri yang bertanggungjawab perlu memperhalusi dan mengambil tindakan serius dalam menyelesaikan masalah itu.

Pada 2011, harga getah mula mengalami penurunan daripada RM5 kg kepada RM4.50 kg. Namun, ia terus merundum ke tahap RM2.40 kg seterusnya menjadikan harganya sebanyak RM1.90 kg sahaja awal tahun ini dan kini mencecah RM1.80 kg.

Ini kerana, ketika harga getah jatuh merudum, musim kemarau yang melanda negara pula menyebabkan susu getah hanya sedikit, dan dalam masa yang sama, kos sara hidup melonjak naik.

Penurunan harga itu menyebabkan beberapa siri demonstrasi dilakukan oleh penoreh getah yang terhimpit, malah lebih malang lagi apabila tiba musim hujan menyebabkan penoreh hilang punca pendapatan.

getah turun demoBaru-baru ini, sekumpulan warga peneroka Felda Kampung New Zealand, Maran, di Pahang membuat demonstrasi berhubung kejatuhan harga getah itu.

Manakala, Februari lalu, bantahan itu turut dilakukan oleh penoreh getah di Baling, Kedah, yang meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.

EZY

Categories
NASIONAL

Tambang bas naik, Kerajaan Pusat perlu proaktif bantu rakyat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 JAN : Kerajaan Pusat perlu melaksanakan pemberian subsidi kepada pengusaha bas sekolah atau secara terus kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah ekoran kenaikan kadar tambang bas baru-baru ini.

Pengerusi Biro Pengguna PKR, Yahya Sahri, berkata tanggungjawab itu perlu diambil alih Kerajaan Pusat bagi melegakan pengguna yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup akhir ini.

yahya shari 01Katanya, Kerajaan Pusat juga boleh bertindak memberi subsidi minyak atau pengecualian cukai jalan dan insurans kepada pengusaha bas.

“Pengangkutan bas sekolah merupakan pengangkutan yang cukup penting kepada rakyat terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja.

“Kita faham ekoran kos sara hidup yang meningkat dan pemotongan pelbagai subsidi menyebabkan pengusaha bas tertekan dan bertindak menaikkan kadar tambang bas.

“Oleh itu, kerajaan perlu memberi subsidi kepada mereka atau terus kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah melalui kupon atau sebagainya,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini.

demo pelajarHari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan sekumpulan pelajar dan ibu bapa mengadakan perhimpunan aman di Pekan Sungai Dulang, sebagai simbolik protes berhubung keputusan Persatuan Perusahaan Bas Sekolah Hilir Perak menaikkan kadar tambang bas.

Kenaikan tambang bas hingga RM25.97 bagi setiap pelajar itu, dilihat tidak muhasabah sehingga membebankan ibu bapa.

Yahya berkata jika kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus seperti yang diminta Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) itu dipenuhi, ia akan lebih memberi kesan kepada penduduk termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kenaikan harga minyak dan harga gula baru-baru ini menyebabkan harga barang terutama di negeri ini mengalami peningkatan, jika ditambah pula dengan kenaikan tambang bas sekolah, ia akan lebih membebankan penduduk,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor bertindak memberi subsidi sebanyak RM300 setahun kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah di negeri itu.

EZY