Categories
NASIONAL

Tian Chua jenguk tahanan dipenjara, ‘pencuri lembu’ dilepaskan

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Menjadi kesalahan kepada seorang Ahli Parlimen yang menjenguk tahanan himpunan ‘Bersih 3.0 Duduk Bantah’ di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) sehingga di penjara, namun ‘pencuri lembu’ dilepaskan, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution.

Beliau menyelar hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Kesalahan Tian Chua adalah pergi jengok orang yang ditangkap di PULAPOL. Kalau Tian Chua balik ke rumah, dia akan selamat.

Saifuddin-Nasution_small“Sebagai seorang Ahli Parlimen, dia bersama dengan rakyat (peserta) perhimpunan yang ditangkap berada di balai polis. Menjadi satu sifat dan tabiat bagi Tian Chua berada di balai polis dan PULAPOL untuk beri sokongan moral kepada peserta yang ditahan.

“Rupanya berada di tempat macam itu menjadi satu kesalahan,” kata Saifuddin yang dipetik daripada Keadilan Daily, di sini, hari ini.

Katanya, sistem perundangan di Malaysia berat sebelah dan jelas membela kesalahan besar yang dilakukan pemimpin Umno-BN.

“Di negara kita, kalau curi duit lembu RM250 juta tidak dikenakan sebarang tindakan. Tetapi kalau kamu jenguk orang yang sudah ditangkap, kamu kena penjara,” katanya.

Tian ChuaPada himpunan ‘Bersih 3.0 Duduk Bantah’ pada 28 April 2012 itu, lebih 250,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar umur, bangsa dan agama hadir bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Dalam perhimpunan bersejarah itu juga wartawan dan jurugambar termasuk media asing dipukul dan dirampas peralatan media oleh anggota polis bertugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.