Categories
NASIONAL

Tol : Nur Jazlan ‘buktikan’ BN beri alasan palsu

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 11 JAN: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa keputusan kerajaan menaikan kadar tol bakal menguntungkan rakyat kerana pemegang saham syarikat konsesi lebuh raya terdiri daripada syarikat milik kerajaan membuktikan alasan diberikan sebelum ini tidak benar.

“Syarikat yang memegang saham ini juga terdiri daripada syarikat milik kerajaan, bermakna hasil kutipan tol akan dikembalikan kepada rakyat akhirnya,” katanya.

jazlanNur Jazlan berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian siri ke-25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, baru-baru ini.

Kenyataan beliau bertentangan dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebelum ini yang mendakwa kenaikan tol tidak dapat dielakkan berikutan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terbabit.

Fadillah berkata, mengikut perjanjian, kerajaan terpaksa membenarkan pihak konsesi menaikan harga tol tahun ini seperti dalam perjanjian dan pelanggaran itu boleh menyebabkan kerajaan diheret ke mahkamah.

Sebelum ini, kerajaan memberikan alasan terbabit ketika mengumumkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya bermula, pada 1 Januari lalu.

rafizi pic 1Bagaimanapun, salah seorang panelis forum berkenaan yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menganggap alasan itu tidak boleh diterima kerana syarikat milik kerajaan pusat adalah pemegang saham syarikat pemegang konsesi terbabit.

Ketika menyentuh beberapa isu berhubung peningkatan kos sara hidup, Nur Jazlan turut disorak orang ramai yang tidak gembira dengan kenyataan beliau menyamakan tindakan menyalahkan kerajaan sama seperti anak menyalahkan ibu bapa yang melahir dan membesarkan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.