Categories
SELANGOR

Abdul Khalid : Isu jawatan MB boleh bincang dalam mesyuarat PR

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG, 9 FEB: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung jawatan Menteri Besar Selangor sebagai perkara biasa yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan melalui proses PR untuk mencapai kata sepakat sebelum sebarang keputusan ditetapkan.

Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator 2“Itu tidak mengapa. Kita perlu terus berbincang perkara ini kerana ia memerlukan perbincangan dengan semua komponen PR.

“Kita tidak mahu mengurangkan sebarang perbincangan berkenaan perkara itu,” katanya kepada selepas Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina 2014 di Giant Bukit Tinggi, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam satu temubual bersama media tempatan dan antarabangsa dilaporkan berkata, kemungkinan untuk beliau menggantikan Abdul Khalid ada, namun perlu dibincangkan secara bersama dalam mesyuarat PR kerana membabitkan Sultan Selangor.

Pada masa sama, Abdul Khalid turut menafikan beliau berselisih pendapat dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung isu pemecatan 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), baru-baru ini.

IMG_0688Beliau berkata, sebarang keputusan yang dibuat berhubung isu itu adalah mengikut undang-undang dan termaktub di bawah Enakmen PKNS.

“Tidak timbul isu bertelagah dengan Azmin kerana segala tindakan yang dibuat adalah melalui Enakmen PKNS di bawah Exco negeri. Jadi, sebarang keputusan harus melalui exco negeri,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.