Categories
NASIONAL

Anwar selar kenyataan Zahid, undang-undang perlu adil

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 FEB: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keikhlasan Barisan Nasional (BN) berhubung dialog konsensus nasional apabila tidak ada seorang pemimpin parti itu menyelar ugutan perkauman dan ancaman terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Anwar turut mengutuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat kenyataan bahawa tawaran menampar Kok bukan satu ancaman.

Katanya, tindakan Zahid seperti membenarkan ancaman itu dilakukan dalam negara dan undang-undang tidak dikuatkuasakan secara adil.

“Saya nak tanya Zahid, bagaimana boleh benarkan ancaman begini begitu sahaja? Tidak kira jika anda bersetuju dengan dia atau tidak, undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil,” katanya dalam sidang media selepas The Asian Renaisance Course, di Puchong, hari ini.

EMY_5740“Untuk memenuhi tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri. Beliau tidak boleh membenarkan orang ramai melanggar undang-undang, tidak kira sama ada mereka daripada Umno atau DAP.

“Saya tidak faham bagaimana Zahid boleh membuat kenyataan itu,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, badan yang digelar Majlis badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Teresa Kok sebagai tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

onderfulSementara itu, Teresa Kok dan beberapa penyokong beliau membuat laporan polis mengatakan bahawa tawaran itu adalah sama seperti ancaman fizikal kepadanya, pada 7 Februari lalu.

Semalam, Zahid berkata, tidak perlu membuka penyiasatan atas laporan polis dibuat terhadap Majlis NGO Islam kerana ia bukan satu ancaman.

“Menampar bukan satu ancaman. Kalau mereka katakan bunuh, itu baru ancaman,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara selepas mesyuarat kabinet, pada 29 Januari lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.