Categories
SELANGOR

MB : Tiada usaha pengaruhi Zaid bertanding di PRK Kajang

Oleh: Norhayati Umor

KLANG 17 FEB : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau tidak mempengaruhi bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim supaya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang bagi mengekalkan kuasanya sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata kenyataan Zaid itu merupakan kebebasan politik demokrasi yang memperuntukkan kebebasan dalam memberikan pandangan dan pendapat individu.

Sebelum ini, terdapat dakwaan sesetengah pihak bahawa Abdul Khalid didakwa mempengaruhi Zaid bagi menghalang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Abdul Khalid“Inilah yang kita lihat bagaimana politik ini perkara yang memberi kebebasan kepada mereka untuk memberikan pandangan dan juga penglibatan mereka.

“Saya baru tahu bahawa politik ini, kita tidak dapat tentukan tindakan kumpulan atau seseorang dari segi untuk bersama dalam pergolakan demokrasi dan politik Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Keselamatan Berkamera (CCTV) di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang.

Mengulas isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun), Abdul Khalid berkata terdapat banyak spekulasi dan telahan terhadap dakwaan itu.

Bagaimanapun beliau menyifatkan pembubaran Dun bukan seperti lakonan drama.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.