Categories
SELANGOR

Caj Pemajuan, banyak PBT mahu belajar dengan MPK

KLANG 24 FEB: Beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi mendengar taklimat dan penerangan berkaitan pelaksanaan kaedah caj pemajuan di sini.

Ketua Perhubungan Korporat, Jabatan Korporat Pembangunan Kemasyarakatan MPK, Norfiza Mahfiz berkata, MPK merupakan satu-satunya PBT yang telah mula melaksanakannya di peringkat awal selepas pewartaan kaedah ini di peringkat Selangor.

MPK lawatanMenurutnya, MPK telah mula dijemput membuat penerangan di dalam program taklimat caj pemajuan antaranya di Kota Bharu, Ipoh dan pada masa yang sama turut menerima kunjungan dari Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Perbandaran Teluk Intan

“Pelbagai info dikongsi bersama antaranya proses kerja, tindakan pemantauan, cabaran dan isu-isu berbangkit sehinggalah ke peringkat tindakan penguatkuasaan.

“Selain daripada itu,para delegasi juga turut didedahkan proses kerja secara keseluruhan MPK oleh Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kewangan, Jabatan Pusat Setempat, Jabatan Undang- Undang dan jabatan lain yang terlibat,” katanya.

Norfiza berkata, majlis mula melaksanakan kaedah ini pada 1 April 2011 dan bagi memudahkan kerja-kerja perlaksanaan mengenakan caj pemajuan dan satu Notis Pemberitahuan telah diedarkan dan dipaparkan di kaunter Jabatan Perancang Bandar dan di kaunter Jabatan Pusat Setempat.

Menurutnya,bagi membantu semua pihak di dalam memahami kaedah caj pemajuan,majlis juga mengadakan sesi dialog yang melibatkan pihak pengurusan, ketua Jabatan , Ahli-ahli Majlis dan orang awam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.