Categories
SELANGOR

Cukai taksiran: MBPJ gesa pemunya harta waspada

Petaling Jaya, 14 FEB : Pemunya harta yang belum menerima bil cukai taksiran daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diminta mendapatkan bil Kenyataan Tuntutan Cukai Taksiran bagi setengah tahun pertama 2014 masing-masing dari Jabatan Perbendaharaan, bagi melancarkan urusan cukai taksiran.

Unit Perhubungan Awam MBPJ memberitahu bil itu telah dikeluarkan dan dipos kepada pemunya-pemunya harta.

MBPJ“Kegagalan menjelaskan semua pembayaran cukai taksiran termasuk apa-apa bayaran yang ditetapkan seperti di atas dalam tempoh 15 hari selepas penghujung Februari atau Ogos mengikut sesuatu kes akan mengakibatkan harta-harta alih mereka disita,” tegas kenyataan media MBPJ, memetik Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bayaran bagi waran tahanan (warrant of attachment fee) ialah sebanyak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa dan adalah menjadi kos tahanan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.