Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor titah pemain, pegawai dan penyokong bola sepak tunjuk budaya murni

SHAH ALAM 12 FEB: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya para pegawai, pemain dan penyokong bola sepak Selangor tidak terlibat atau menimbulkan kekecohan ketika perlawanan Liga Malaysia di stadium terutama apabila Selangor beraksi di gelanggang sendiri.

Titah Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosmah Mohd Ibrahim.

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1“Baginda meminta supaya kita sebagai tuan rumah sentiasa menghormati tetamu iaitu pemain dan penyokong pasukan dari negeri lain yang datang ke stadium kita,” kata Rosman dipetik dari Laman Sesawang Persatuan Bola Sepak Selangor.

Liga Malaysia 2014 yang baru sebulan berlangsung menimbulkan sedikit kekecohan apabial berlaku insiden pergaduhan melibakan segelintir penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) di luar stadium baru-baru ini.

Piala Sultan Selangor 1“Titah baginda lagi, pegawai dan pemain terutamanya jangan menimbulkan kekecohan di atas padang kerana penyokong akan mengikut sama apa yang dilakukan,” kata Rosman.

Selangor kini berada di tangga teratas Liga Super dengan sembilan mata dan akan bertemu JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.