Categories
SELANGOR

Exco: Masalah air turut dialami negeri lain

SHAH ALAM 27 FEB: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, masyarakat harus faham bahawa semua negeri kini berdepan masalah kekurangan bekalan air ekoran cuaca kering dan tiada hujan sejak dua bulan lalu.

Katanya, masalah kekurangan bekalan air bukan sahaja menjadi isu di negeri Selangor, malah ianya masalah nasional yang turut dialami negeri-negeri lain ekoran musim kemarau yang melanda negara.

air pahang“Ianya bukan isu Selangor, tetapi isu negara ekoran musim kemarau yang melanda. Dari Johor hingga ke Perlis, kita hadapi masalah sama.

“Di Selangor, paras air kita masih melebihi paras kawalan. Negeri Sembilan sudah di paras kritikal, malah mereka lebih awal mengumumkan pencatuan air di negeri itu,” katanya dipetik Harakahdaily.

Beliau menjelaskan demikian sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya masalah air ini hanya berlaku di Selangor ekoran keengganan kerajaan negeri meneruskan Projek Langat 2 sebelum ini.

Yunus-HairiAdun Sijangkang itu juga berkata, Kerajaan Negeri kini dalam usaha untuk melakukan pembenihan awan bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan air akibat paras air yang rendah di empangan negeri itu.

Bagaimanapun kata beliau, langkah itu belum berjaya untuk dilaksanakan kerana keadaan belum sesuai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.