Categories
NASIONAL

Guan Eng: Pulau Pinang tidak lulus kasino, banyak kesan mudarat sosial dan rohani

Oleh: Mohd Ezli Mashut

GEORGE TOWN, 19 FEB : Kerajaan Pulau Pinang tidak meluluskan kewujudan kasino di negeri itu kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda, kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan EngKatanya, sebalik Kerajaan Pulau Pinang menumpukan kepada projek yang lebih banyak membangunkan ekonomi yang mendatangkan manfaat banyak pihak.

“Kita sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan media.

Guan Eng berkata, projek itu adalah usahasama antara syarikat induknya, Ikano dan sebuah syarikat tempatan akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan sebagai pusat komersil dan runcit.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pelaburan Ikano yang akan bertindak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri, peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus Pengembangan, Edward Ng.

Penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan bernilai RM484 juta, dengan pusat membeli-belah dijangka akan siap dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu 30 ekar untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan fasa 2 pusat membeli-belah dan 170 ekar untuk projek pembangunan bercampur dengan PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.