Categories
AGENDA NASIONAL

Terowong dasar laut: Guan Eng mengaku tidak bersalah minta rasuah

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Lim, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Lim, semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tidak tahu cadangan lapangan terbang baharu

 

KUALA LUMPUR, 10 Jun : Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan serta kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang, sama sekali tidak tahu menahu mengenai cadangan pembinaan dua lapangan terbang baharu bernilai belasan bilion ringgit di Pulau Pinang, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan akhbar milik MCA itu, hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan industri komunikasi dan pengangkutan, kerana mereka tidak menyatakan siapa yang menghadiri atau menerima cadangan-cadangan itu.

“Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir kedua-duanya telah memberitahu saya, bahawa mereka juga tidak tahu langsung tentang kedua-dua cadangan lapangan terbang seperti yang diuar-uarkan,” katanya.

Akhbar itu hari ini melaporkan terdapat dua syarikat yang merancang untuk membina lapangan terbang baharu, masing-masing dinamakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Utara Malaysia (NMIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara (NORIA), di dua lokasi berbeza di selatan Seberang Perai di bahagian tanah besar Pulau Pinang.

Laporan itu menyebut, dua lapangan terbang baharu yang dicadangkan itu akan menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) di Bayan Lepas selain menyebabkan cadangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim melalui Inisiaitf Pembiayaan Swasta (PFI) tidak lagi perlu.

Lim berkata, spekulasi tidak berasas itu juga sangat tidak adil, apabila ia memberi tanggapan negatif bahawa kerajaan persekutuan bertindak secara melulu tanpa memikirkan kerajaan negeri atau rakyat, dengan mempertimbangkan projek sebesar itu yang melibatkan ribuan hektar tanah sawah.

Melalui Belanjawan 2019, Lim berkata kerajaan secara jelas telah menyatakan mengenai hasrat untuk memperbesarkan PIA sedia ada kepada kapasiti 16 juta penumpang setahun, daripada 6.5 juta sekarang ini.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menerima sebarang kertas cadangan, untuk membina dua lapangan terbang baharu di Pulau Pinang oleh syarikat swasta seperti yang dilaporkan akhbar bahasa Inggeris itu, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu hari ini, pihak kementerian tidak pernah dimaklumkan mengenai cadangan berkenaan, malah turut tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenainya.

Kenyataan itu menjelaskan kuasa untuk menubuhkan, menyenggara atau membenarkan mana-mana syarikat yang mempunyai lesen, untuk membina dan mengendalikan sesuatu aerodrom, adalah merupakan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Pengangkutan di bawah Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3].

“Kementerian Pengangkutan menggesa pihak media, supaya tidak membuat sebarang laporan spekulasi berhubung pembinaan lapangan terbang, tanpa pengesahan daripada pihak kementerian.

“Kementerian Pengangkutan pada masa ini sedang merancang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang sedia ada di Bayan Lepas,” menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Categories
EKONOMI

NFC sudah ada pembeli baharu sedia bayar baki pinjaman

 

KUALA LUMPUR, 20 Mei: National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mempunyai pembeli baharu sejak 25 Oktober tahun lepas yang bersedia untuk membayar balik sepenuhnya baki pinjaman NFCorp dalam masa tiga bulan daripada persetujuan kerajaan untuk penstrukturan semula NFCorp.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata pihak NFCorp masih menunggu persetujuan kerajaan.

“Pihak pembeli baharu syarikat NFCorp sudah pun bersetuju untuk mengangkat penuh tanggungan liabiliti pinjaman asal NFCorp dan bersedia untuk membuat pembayaran penuh terhadap jumlah baki pinjaman sebenar dengan pihak kerajaan.

Hasrat ini telahpun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat bertarikh 21 November 2018,” katanya dalam kenyataan merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Dalam kenyataannya itu Guan Eng berkata, NFCorp masih belum melunaskan hutang pinjaman dengan kerajaan berjumlah RM253.6 juta termasuk faedah dan faedah lewat setakat 30 April 2019 dan kerajaan mahu menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman itu.

Mohamad Salleh berkata, pihak pembeli baharu juga telah memaklumkan kepada kerajaan mengenai kesanggupan dan keyakinan mereka untuk memulihkan serta menstruktur semula syarikat NFCorp, termasuk pembayaran penuh baki pinjaman dengan kerajaan.

Pihak pembeli baharu dan juga kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, telah pun berbincang dan mengatur perancangan untuk pemulihan semula projek itu bagi mencapai matlamat Keselamatan Makanan Negara, terutamanya dalam isu pengeluaran makanan yang terjamin Halal.

“Saya percaya bahawa kenyataan akhbar Lim adalah susulan daripada surat pada 17 Mei lalu yang dihantar oleh pihak pembeli baharu kepada Kementerian Kewangan untuk membayar balik pinjaman itu sepenuhnya.

“Saya yakin di bawah kepimpinan perdana menteri, isu ini akan diselesaikan secara terbaik di mana pihak NFCorp akan membayar balik baki tertunggak pinjaman kepada kerajaan, dan projek yang penuh dengan potensi ini akan dibangunkan semula oleh pihak kerajaan dan pihak pembeli baru syarikat NFCorp,” katanya. -BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Dana Tabung Harapan lunas hutang 1MDB – Guan Eng

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MEI: Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) sebanyak RM203,292,117.41 akan digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2019 berjumlah RM1,704.78 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM pada 24 April lalu.

“Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM Bil.1/2019 pada 24 April 2019 telah bersetuju memutuskan bahawa kesemua dana dalam THM ini akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1,704.78 juta bagi tahun ini.

“Meskipun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB sebanyak RM51 Bilion, Tabung Harapan akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara.

“Kerajaan dengan ini ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan ke dalam THM ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, baki akhir THM sehingga 14 Januari lalu iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan adalah sebanyak RM202,716,775.10.

Menerusi pelaburan simpanan tetap yang ditadbir Jabatan Akauntan Negara telah dilaksanakan dan faedah pelaburan yang diterima sehingga 31 Mac tahun ini adalah sebanyak RM575,342.31, menjadikan jumlah terkini akaun amanah THM adalah berjumlah RM203,292,117.41.

 

Categories
EKONOMI NASIONAL

Guan Eng berdepan lebih 11,000 rakyat dengar maklum balas SST

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI, 8 SEPT: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah mengadakan pertemuan terbuka dengan lebih 11,000 rakyat bagi menjelaskan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau berkata, sebanyak 13 sesi pertemuan membabitkan pelbagai negeri untuk menjelaskan dan mendengar maklum balas mereka.

“Seperti apa yang saya lakukan dalam tempoh dua minggu ini tentang cukai SST, saya turun padang dan dengar pendapat rakyat.

“Saya juga baru balik dari Bentong, Pahang dan saya adakan 13 sesi bersama dengan lebih 11,000 orang dengar secara langsung.

“Berdepan dengan 11,000 orang ini adalah satu proses perbicaraan dengan rakyat, saya yakin selepas ini kita akan dengar suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) DUN Balakong, di Dewan Demesne Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Guan Eng berkata, jika sebelum pilihan raya, rakyat mendengar suara kerajaan dalam ceramah dan kempen kini tiba masanya untuk kerajaan mendengar pula suara rakyat.

 

Categories
SELANGOR

DAP wakili seluruh rakyat Malaysia

OLEH HAFIZAN TAIB

BALAKONG, 8 SEPT: Berbanding MCA, calon Pakatan Harapan (PAKATAN) daripada DAP, Wong Siew Ki, adalah calon pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong kerana mewakili seluruh rakyat, di Selangor.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah DAP menggunakan logo PAKATAN adalah bukti jelas menggambarkan pendirian parti itu yang tidak mengamalkan perkauman dan mengutamakan kepentingan semua rakyat pelbagai bangsa dan agama.

“Kita gunakan logo PAKATAN untuk menunjukkan mewakili semua rakyat Malaysia sejak DAP ditubuhkan, pada 1966.

“Ia juga menggambarkan PAKATAN sebagai simbol kepada empat parti iaitu KEADILAN, DAP, Bersatu dan Amanah untuk seluruh rakyat, di negara ini.

“MCA gunakan logo sendiri dan tidak berani gunakan simbol dacing Barisan Nasional kerana mereka tahu tiada harapan. MCA hanya sebuah parti mewakili satu kaum sahaja,” katanya pada Grand Finale Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bijak membuat pilihan dengan mengekalkan PAKATAN dan menolak MCA, pada PRK kali ini.

Beliau juga melihat dirinya sebagai pemimpin yang mewakili seluruh rakyat Malaysia apabila kerajaan PAKATAN mengambilalih pentadbiran negara.

“Saya rakyat Malaysia berbangsa Cina betul tetapi mengutamakan rakyat Malaysia,” katanya.

PRK Balakong diadakan hari ini menyaksikan satu lawan satu antara calon PAKATAN, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong.

 

Categories
EKONOMI NASIONAL

Beri kepercayaan kepada kerajaan, jangan cuba elak bayar SST – Guan Eng

PETALING JAYA 19 OGOS: Peniaga diminta memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan tidak cuba mengelak daripada membayar cukai berkenaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jika peniaga merasakan mereka layak mendapat pengecualian cukai, mereka terlebih dahulu perlu membuat permohonan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang akan menentukan kelayakan mereka.

“Sebagai contoh ada antara peniaga yang terlibat dalam perkhidmatan, tidak pasti dikenakan SST atau tidak, oleh itu mereka perlu membuat permohon supaya syarikat itu dikecualikan.

“Selepas itu (permohonan) kita akan siasat dan jika mereka tidak layak dikecualikan, maka mereka kena bayar, tapi kalau mereka layak dikecualikan, maka mereka akan dikecualikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat SST bersama Menteri Kewangan di Subang Jaya di sini, semalam.

Katanya ini merupakan pendekatan mesra yang dipratik kerajaan untuk menggalakkan peniaga mendaftarkan peniagaan mereka untuk sistem percukaian itu yang akan dikuat kuasa mulai 1 September.

Sementara itu, Lim berkata dalam taklimat bersama peniaga dan wakil persatuan peniagaan itu, beberapa perkara dibincangkan termasuk kekeliruan mengenai pengecualian SST terhadap susu berperisa untuk kanak-kanak.

Katanya memandangkan produk itu penting untuk tumbesaran dan kesihatan kanak-kanak, kerajaan bersetuju untuk mengecualikan produk itu daripada dikenakan SST.

“Hari ini baru saya tahu mengenai perkara itu (bahawa susu berperisa dikenakan SST), dan saya akan kecualikan susu berperisa daripada dikenakan cukai.

Sementara itu pada sidang media berasingan, Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata sebanyak 77,451 perniagaan telah didaftarkan di bawah SST sehingga Khamis lalu (16 Ogos), melalui pemindahan automatik daripada sistem GST kepada sistem SST.

Katanya daripada jumlah itu sebanyak 32,577 merupakan pendaftar bagi cukai jualan dan 44,874 lagi pendaftar bagi cukai perkhidmatan.

“Jumlah ini bagaimana pun bukan bermaksud kesemuanya dikenakan SST kerana peniagaan yang layak boleh membuat permohonan pengecualian, dan kami menganggarkan sekitar 10,000 lagi syarikat belum mendaftar ke dalam sistem SST,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Guan Eng seru jentera kerja kuat

OLEH NORHAYATI UMOR

HULU LANGAT, 18 OGOS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mahu seluruh jentera supaya tidak terlalu yakin menang di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Sebaliknya, beliau meminta seluruh jentera parti berusaha sehabis daya untuk mengekalkan kemenangan di kerusi yang ditinggalkan mendiang Eddie Ng Tien Chee.

“Saya buat kenyataan bukan mewakili DAP tetapi semua parti dalam Pakatan Harapan (PAKATAN). Kita akan berusaha untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.

“Kita tidak boleh yakin sangat akan menang sebaliknya seluruh jentera perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga kemenangan berpihak kepada PAKATAN,” katanya. ketika ditemui di dewan penamaan calon, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Pada masa sama, Guan Eng berkata, penggunaan logo PAKATAN buat pertama kalinya dalam pilihan raya membuktikan kerjasama kukuh antara parti gabungan.

Guan Eng turut menyifatkan, MCA adalah parti serpihan bersifat memencilkan diri dan mewakili satu kaum sahaja.

“Berdasarkan perkembangan semasa pembangkang, mereka hanya gemar memencilkan diri dan mengutamakan satu kaum sahaja.

“Oleh itu, terserah kepada rakyat sama ada ingin memilih parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng mengiringi Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki, yang bertanding sebagai calon PAKATAN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, pada 8 September ini.

Categories
NASIONAL

Pernahkah SPRM serbu rumah Najib Razak seperti kes Guan Eng?

SHAH ALAM 22 MEI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa adil dan tidak memilih dalam siasatan mereka dalam apa jua kes.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata berita serbuan SPRM ke atas rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menimbulkan rasa curiga.

logo SPRM“Walaupun serbuan itu dilakukan dengan kehadiran Lim dan isterinya Betty Chew, serta peguam mereka, tindakan sebegini sebenarnya menimbulkan persoalan tentang keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.

“Lebih-lebih lagi usaha teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini berbeza sama sekali dengan tindak balas SPRM terhadap laporan ke atas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak – yang hampir tiada sama sekali,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Soal Mohamed Azmin, pernahkah SPRM menyerbu rumah Najib? Dan jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?

“SPRM juga wajib dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan mereka,” kata Azmin.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Pernahkah SPRM serbu rumah Najib Razak seperti serbuan ke atas rumah Guan Eng?

OLEH : DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Berita serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menimbulkan rasa curiga dalam diri saya.

Walaupun serbuan itu dilakukan dengan kehadiran Lim dan isterinya Betty Chew, serta peguam-peguam mereka, tindakan sebegini sebenarnya menimbulkan persoalan tentang keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.

Lebih-lebih lagi usaha yang teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini berbeza sama sekali dengan tindak balas SPRM terhadap laporan-laporan ke atas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak – yang hampir tiada sama sekali.

Pernahkah SPRM menyerbu rumah Najib? Dan jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?

Selain daripada bertindak adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan mereka, SPRM juga wajib dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan mereka.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

Categories
NASIONAL

Selesai perbezaan pandangan di Mesyuarat Majlis Presiden

SHAH ALAM 23 FEB: Perbezaan pendapat antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diharap dibincangkan dan diselesaikan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, berkata beliau mahu isu berkenaan pemecatan dua adun KEADILAN dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang diselesaikan dalam suasana sivil dan baik.

tian chua pc pkr 01“Keupayaan kami untuk mengatasi perbezaan adalah kunci untuk menyakinkan rakyat bahawa gabungan ini mampu membawa negara menuju masa depan yang lebih cerah,” kata Tian Chua dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kenyataan Mohamed Azmin itu dibuat atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN tanpa sebarang niat untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang.

“Saya harap Lim memahami bahawa ini adalah bukan pendapat peribadi Mohamed Azmin tetapi adalah pendirian KEADILAN,” kata Tian Chua.

Sebelum ini Mohamed Azmin berkata Biro Politik KEADILAN membuat keputusan membantah sebarang tindakan terhadap pemecatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Pulau Pinang daripada memegang jawatan dalam GLC.

Mohamed Azmin berkata perbezaan pandangan berkenaan perkara itu perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan.

Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng tidak mengundi usul berkaitan penambakan tanah yang dibentangkan Umno, November lalu dengan ditamatkan khidmat dalam syarikat GLC berkenaan.

Masing-masing Chin Wen dipecat daripada jawatan pengarahnya di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), manakala Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

EZY

Categories
NASIONAL

Guan Eng: Umno P.Pinang dicabar kemuka bukti lokasi judi haram

SHAH ALAM 29 NOV: Umno Pulau Pinang dicabar menunjukkan bukti lokasi judi haram, pelacuran dan pusat hiburan, bukannya setakat melemparkan tuduhan tidak berasas kepada masyarakat Cina yang bekerja keras dan mematuhi undang-undang mencari rezeki di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jika Umno Pulau Pinang gagal memberikan bukti, Pengerusi BN Pulau Pinang,Teng Chang Yeow patut mendesak tindakan diambil terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang atau meletakkan jawatan kerana gagal menjadi Pengerusi BN berkesan.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan EngKatanya, tiada guna mendesak permohonan maaf daripada Umno Pulau Pinang kerana pastinya tiada tindakan diambil terhadap pemimpin rasis dan ekstrim.

Apatah lagi tindakan kerajaan BN mengekalkan Akta Hasutan adalah untuk menyalahgunakannya sebagai senjata politik terhadap Pakatan Rakyat.

“Bukannya terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang yang berterusan menghina masyarakat Cina,” kata Guan Eng dalam kenyataan media.

Katanya, penghinaan dan pembohongan Umno Pulau Pinang kekuatan ekonomi dan politik masyarakat Cina di Pulau Pinang datang daripada kegiatan ekonomi haram seperti judi haram, pelacuran dan pusat hiburan juga adalah sasaran kepada polis di negeri ini yang secara terbuka menafikan kegiatan itu.

“Ini bertentangan dengan penegasan berulang kali oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa tiada kegiatan seperti itu di negeri ini.

“Sehingga akhir bulan lalu, Datuk Abdul Rahim berkata polis telah menyerbu sarang perjudian dan menambah, “Untuk rekod, Pulau Pinang adalah sifar mesin judi haram”,” katanya.

EZY