Categories
NASIONAL

Harga getah jatuh RM1.90 sekilo, Kerajaan Pusat patut bertindak segera

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 FEB: Penurunan mendadak harga getah pada kadar RM1.90 sekilogram bakal membuka ruang krisis sosio-ekonomi baru rakyat Malaysia sekiranya keadaan ini berterusan.

Ekoran tiada langkah proaktif dari Kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah ini juga bakal mengakibatkan kadar pendapatan jatuh lebih rendah dari tahap kemiskinan.

menoreh getahPengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, kengganan Kerajaan Pusat membuat kajian berhubung saranan ANAK supaya stok pengimbal diwujudkan sebagai persediaan berlakunya penurunan harga getah merumitkan lagi keadaan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), penurunan harga getah telah bermula .Kalau kita perhatikan sejak PRU 2008 dulu, ia berada di puncak kestabilan harga sama ada komoditi sawit dan getah.

“Tapi memang secara perlahan-lahan sejak tahun 2010 harga getah memang mula turun dan hari ini berada di suatu tahap
rendah sekitar RM2.70 sekilo,” katanya kepada Selangor Kini.

Minggu lalu, beberapa penoreh getah di Baling Kedah meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang di atas penurunan harga getah sehingga menjejaskan perbelanjaan harian mereka.

Harga getah dikatakan turun mendadak sehingga RM1.90 sekilogram hanya dalam tempoh beberapa minggu tahun ini.

mazlan aliman_1Penurunan itu antara yang paling tinggi sehingga menimbulkan keresahan mereka yang mengusahakan tanaman ini.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan penurunan harga getah dari RM2.80 sehingga RM2.50 dan terbaru turun sehingga RM1.90 sekilogram.

Jelasnya, sehingga kini Kerajaan Pusat masih lagi tidak menyatakan tindakan bersepadu yang bakal diambil bagi mengatasi masalah pendapatan penoreh getah termasuk pemberian subsidi.

“Bila harga getah jatuh, satu faktor yang kita perlu faham, ada penoreh getah ini yang mereka tak toreh sendiri. Mereka upah orang dan yang kelazimannya dibahagi dua, sudah tentu pendapatan pekebun-pekebun kecil begitu rendah.

“Untuk pemberian subsidi kita desak perincian segera perlu dibuat. Saya percaya ramai pekebun dan penoreh getah yang memperoleh pendapatan dibawah RM500,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.