Categories
SELANGOR

Abdul Khalid: Tunku adalah pemimpin ‘real’, budiman dan dihormati ramai

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG 10 FEB: Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah seorang pemimpin yang ‘real’, budiman dan berjaya membangunkan Malaysia bersesuaian ke tahap yang lebih baik ketika pasca kemerdekaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Tunku turut dihormati ramai pemimpin dunia seperti Raja Arab Saudi ketika itu dan juga Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew.

Abdul KhalidKata Abdul Khalid, perkara itu dapat dilihat dalam satu kunjungan Tunku ke Arab Saudi ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

“Tunku juga membina komuniti Islam. Beliau pergi ke Arab Saudi dan terangkan pada Raja Arab Saudi untuk lakukan sesuatu untuk membina komuniti Islam dan Raja Arab Saudi kata, saya akan tolong beliau dan kita tahu beliau seorang yang mempunyai inisiatif dalam pembangunan umat Islam,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Forum Legasi Tunku Abdul Rahman yang diadakan di Auditorium Kolej Universiti New Era di sini, malam tadi.

“Ada satu cerita yang dia tulis dalam The Star. Ceritanya selepas beliau menamatkan pengajian di Australia di pulang ke Kedah dan jadi Pegawai Daerah.

“Masa di kerja di Kedah ada seorang beritahu dia, dia adalah Perdana Menteri Malaysia pertama semua orang ketawa, kata Tunku dalam kolum akhbar itu. Saya juga ketawa,” kata Abdul Khalid.

Kata Abdul Khalid lagi, Tunku juga bertanggungjawab menjadikan pasukan bola sepak kebangsaan sebagai sebuah pasukan yang digeruni di kalangan negara Asia ketika itu.

“Ingat Piala Merdeka? Dia yang asaskan dan dia juga berperanan bina Stadium Merdeka. Pasukan Malaysia pada masa itu, boleh kalahkan Korea, boleh kalahkan Jepun tetapi di mana kita sekarang?,” kata Abdul Khalid.

Anwar Khalid1Anwar ketika menutup ucapannya berkata, Legasi Tunku Abdul Rahman tidak lebih dari memastikan keselamatan kesatuan bangsa di Malaysia terjamin dengan berteraskan perlembagaan.

Selain Anwar, turut menyampaikan ucapan dalam forum yang dihadiri kira-kira 200 hadirin itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; penasihatan DAP, Lim Kit Siang; Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS untuk Pilihan Raya Kecil Kajang, Dr Hatta Ramli dan bekas Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.