Categories
SELANGOR

Jadikan hafaz dan hayati Al-Quran cara hidup berjaya

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 8 FEB : Umat Islam diseru untuk membudayakan menghafaz dan memahami isi Al-Quran sebagai jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata hanya dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sahaja mampu menyelamatkan umat Islam daripada terjerumus dalam lembah kesesatan.

DSC_0340Katanya, Kerajaan Negeri berbangga apabila ramai di kalangan rakyat di Selangor mula sedar akan kepentingan mempelajari dan mendalami Al-Quran.

“Diharap jangan sekadar belajar untuk membaca dalam sesuatu majlis atau waktu tertentu.

“Tetapi perlu dijadikan kesedaran dan tanggungjawab ibu bapa dalam menitik beratkan membaca dan menghafaz Al-Quran oleh anak-anak mereka secara berterusan,” karanya sewaktu menghadiri Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1435H/2014M.

Majlis yang diadakan di Masjid Negeri turut dihadiri Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman yang mewakili Sultan Selangor.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

johan setiap tahap hafazanKhusrin berkata majlis yang dianjurkan merupakan medan bagi Kerajaan Negeri mencari peserta yang berpotensi mewakili Selangor di peringkat kebangsaan yang dijangka diadakan pada bulan Mac nanti.

Seramai 43 orang peserta bertanding memperdengarkan bacaan mereka iaitu 16 orang bagi tahap 1 (1 hingga 10 juzuk) serta 13 orang masing-masing bagi tahap 2 (1 hingga 20 juzuk) dan tahap 3 (1 hingga 30 juzuk).

Antara peserta yang berjaya ialah Suhail Jamaluddin dari Hulu Langat (Johan kategori tahap 3 lelaki) dan Norhaafizah Mohd Shafie dari Kuala Langat (Johan kategori tahap 3 perempuan).

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM 5,000 pakej mengerjakan umrah, piala iringan, sepersalinan pakaian dan sijil penyertaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.