Categories
SELANGOR

Karnival GEMS Kuala Selangor tarik ramai generasi muda

Oleh: Mohd Ezli Mashut

KUALA SELANGOR, 11 FEB: Satu inisiatif diambil melalui Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Selangor (GEMS) dalam menghadapi masalah gejala sosial di kalangan remaja pada masa kini dengan mengadakan Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Kuala Selangor, baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata generasi muda adalah penentu kepada kesejahteraan masyarakat pada masa akan datang apabila terbentuknya elemen yang positif berdasarkan aspek spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial seseorang.

Dr HalimahKarnival itu dihadiri Pegawai Daerah, ketua kampung dan pelbagai lapisan masyarakat termasuk wakil belia, bahkan program jelajah berkenaan akan bergerak ke sembilan daerah di dalam Selangor dan Kuala Selangor terpilih menjadi daerah yang pertama.

Karnival itu diadakan bertujuan untuk mendekati dan memahamkan masyarakat Kuala Selangor berkenaan tanggungjawab mereka terhadap isu gejala sosial serta mahu melahirkan ramai generasi idaman di Selangor.

Pelbagai aturcara menarik diatur antaranya Majlis Dialog Mengehsankan Insan di Negeri Selangor, Forum Insan Ehsan, Jom Kerja “Walk Interview” dan sembang santai “Hijrah”.

Dalam satu Majlis Dialog, Dr Hajah Halimah Ali turut berdialog dengan pimpinan masyarakat di peringkat daerah serta beberapa wakil daripada jabatan dan agensi penguatkuasaan.

GEMS1Antara initipati ucapan beliau, Dr Halimah menjelaskan hala tuju kerajaan negeri yang sentiasa berpandukan matlamat Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Di samping program itu, pengunjung juga berpeluang meninjau gerai jualan pakaian, juadah makanan dan agensi jabatan kerajaan.

Karnival itu juga dimeriahi dengan aktiviti ahli kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) serta Riders Selangor Motor Race, Pertandingan Melukis dan Mewarna juga ‘Kuala Selangor Berselawat’.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.