Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Masyarakat digalak daftar SMUE demi manfaat waris

KAJANG, 11 FEB: Masyarakat khususnya warga emas digalakkan untuk mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas terutama kaum Tionghua yang masih ramai belum berbuat demikian.

ADUN Bangi, Shafie Ngah, berkata mereka yang mendaftar di bawah skim ini layak menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM2,500.

ShafieKatanya, bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga emas kerjaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan skim ini tanpa mengira kaum, fahaman politik, jantina dan sosial.

“Saya menyeru orang ramai terutama warga emas yang hadir pada hari ini untuk mendaftar di Pusat Khidmat ADUN Bangi yang dekat sahaja di sini atau di mana-mana Pusat khidmat Masyarakat Setempat yang berhampiran.

“Berilah peluang kepada kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.” kata beliau sempena Program Jamuan Tahun Baru Cina 2014 di Padang Awam Putra Kajang.

shafie1Pengarah program, Abu Bakar Alias, menjelaskan Sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini Pejabat ADUN Bangi dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Serdang mengadakan tiga program jamuan di tempat yang berasingan.

Di samping jamuan dan sumbangan baucer dilakukan, kemeriahan lebih terasa dengan pemberian ‘ang pow’ kepada kanak-kanak yang hadir.

Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Meng berkata beliau yakin dan optimis dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor mampu membawa anjakan Pakatan Rakyat ke arah menguasai Putrajaya.

“Pengundi di Kajang akan lebih beruntung sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili mereka dalam plihanraya kecil nanti.

“Oleh itu saya menyeru mereka yang hadir hari ini memberitahu jiran kita, pengundi di Sungai Chua untuk turut menyokong Pakatan Rakyat (mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.