Categories
NASIONAL

Kepimpinan Tertinggi PKR diumum selewatnya 13 Mei

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 13 FEB: Barisan kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 akan diumumkan selewat-lewatnya pada 13 Mei ini selepas pengundian di seluruh negara selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul, berkata tarikh penamaan calon pertandingan peringkat Pusat berlangsung pada 29 Mac di Ibu pejabat PKR.

pemilihan 2014Katanya, bagi peringkat Cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon bermula 4 April hingga 13 April.

“Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei,” kata Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Dengan tema dan suasana ‘Gumbira’, Johari Abdul berkata beliau akan memberikan penerangan kepada jentera cabang di seluruh negara mengenai peraturan pemilihan kali ini.

Katanya, pemilihan kali ini melibatkan pengundian ‘seorang ahli satu undi’.

“Anggota yang melanggar tataetika, JPP tidak teragak-agak menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan atau menghalang anggota daripada Pemilihan Parti atau mengambil sebarang sekatan yang difikirkan sesuai bagi menguatkuasakan tata etika ini.

“Calon bertanding dihalang melakukan perbuatan yang bertujuan membeli undi seperti pemberian dalam bentuk wang, barangan atau tawaran.

“Ucapan berbentuk cacian, fitnah adalah dilarang sama sekali,” katanya.

Tambahnya, sebarang perselisihan yang timbul perlu dimaklumkan kepada JPP dan dilarang sama sekali dibawa kepada media atau hebahan umum.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.