Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat patut mansuh tol dan GST sempena rasmi Jambatan Kedua PP

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 28 FEB : Kerajaan Pusat didesak memansuhkan tol dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bersempena dengan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang Sabtu ini.

ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, berkata pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan penangguhan kenaikan kadar tol disebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.

lee khai loonKatanya, sempena perdana menteri akan merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada hari Sabtu ini, beliau menyeru agar Kerajaan Pusat menghapuskan tol dan GST yang akan membebankan rakyat.

“Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang memang dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat khasnya di pulau bagi menerajui pembangunan ekonomi di Pulau Pinang.

“Kerajaan mempunyai tanggungjawab meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan dasar-dasar yang bakal dilaksanakan perlu mendapat sokongan daripada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata dalam usaha membangunkan ekonomi negara seperti mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi, Kerajaan Pusat perlu berimbang dengan tahap kebahagiaan rakyat

“Suara rakyat suara keramat. Kesejahteraan dan kesihatan mental rakyat juga tidak boleh diabaikan, terutamanya apabila kos sara hidup dan tekanan hidup yang kian hari kian meningkat telah menyebabkan pelbagai masalah sosial berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Khai Loon menganjurkan demonstrasi bukan bertujuan menghina perdana menteri tersebut, sebaliknya hanyalah manifestasi suara rakyat terhadap bebanan kos sara hidup yang meningkat.

“Rakyat akan bersatu dan menggembleng tenaga menentang pelaksanaan GST dan mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang meningkat secara mendadak akibat siri harga barang naik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.