Categories
NASIONAL

Konvensyen PR 8 Mac di Shah Alam bincang isu kepentingan rakyat

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 13 FEB : Konvensyen Pakatan Rakyat kali kelima sekali lagi akan diadakan di Selangor selepas negeri ini menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini.

Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen, Iskandar Abdul Samad berkata konvensyen yang bertemakan ‘Pakatan Membela Rakyat’ akan diadakan pada 8 Mac depan, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di satu tempat yang masih belum diputuskan.

pakatan rakyat putrajaya naeemKatanya, konvensyen mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 penyertaan daripada ahli-ahli PR untuk tahun ini.

“Saya tidak tahu isu mana akan mendominasi konvensyen pada kali ini, itu semua terpulang kepada setiap perwakilan kerana mereka boleh bawa apa sahaja termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

“Bagaimanapun, terdapat isu-isu yang lebih serius lagi melibatkan kepentingan rakyat seperti isu kenaikan sara hidup, TURUN, GST dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK.

Turut serta dalam sidang media sama ialah Shuhaimi Shafie yang bertindak sebagai Timbalan Pengarah I dan Datuk Teng Chang Khim sebagai Timbalan Pengarah II.

Bersempena dengan konvesyen kali kelima ini, Iskandar turut mengumumkan pertandingan mencipta logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Peserta perlu menggunakan warna rasmi PR iaitu warna jingga sebagai warna tema logo.

“Pemenang utama layak menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 1,500,” katanya lagi.

Mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan kepada pihak penganjur di alamat email [email protected] sebelum jam 5 petang pada 25 Februari ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi terus Abdul Azim di talian 019-266 1323.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.