Categories
SELANGOR

MBSA: Beberapa jalan ditutup sempena Pertandingan Berbasikal Kriterium pada 22 Feb

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 19 FEB : Sempena Pertandingan Berbasikal Kriterium Shah Alam pada 22 Februari ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sementara beberapa buah jalan.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata jalan yang terlibat ialah jalan di Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Tasik dan Persiaran Dato Menteri.

MBSA“Jalan di Persiaran Tasik akan ditutup pada hari Jumaat, 21 Februari bermula jam 12 tengah malam bagi membolehkan segala persiapan dilakukan.

“Sementara itu, jalan di Persiaran Masjid, Persiaran Tasik dan Persiaran Dato Menteri pula akan ditutup pada 22 Februari, iaitu sepanjang acara berlangsung bermula jam 7 pagi hingga 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrin berkata, jalan yang ditutup akan dibuka semula secara berperingkat sebaik kesemua acara pertandingan selesai dilaksanakan.

“Pihak MBSA juga memohon orang ramai khususnya pengguna jalanraya supaya mematuhi arahan yang diberikan oleh anggota Penguatkuasa MBSA dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal aliran trafik semasa pertandingan,” katanya lagi.

Pertandingan ini merupakan aktiviti sukan tahunan yang dianjurkan oleh pihak MBSA bagi menggalakkan aktiviti sukan di Shah Alam dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Selain itu, ia juga bertujuan mencungkil bakat penggemar sukan berbasikal untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.