Categories
NASIONAL

Nik Nazmi umum tanding Ketua AMK

KUALA LUMPUR 15 FEB: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini tampil menawarkan diri bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan akan datang.

nikBerbekalkan slogan ‘Berani, Dinamik, Peduli’, beliau turut membariskan ADUN Teja, Chang Lih Kang sebagai calon timbalan ketua AMK, serta Nor Hizwan Ahmad, R Sri Sanjeevan, dan Carol P Malawai untuk calon-calon naib ketua AMK dalam pasukannya.

Menamakan pasukannya sebagai ‘AMK Untuk Malaysia’ (#AMK4Malaysia), Nik Nazmi berikrar menonjolkan “politik yang sarat dengan nilai, bersandarkan pemikiran tajam, dan dilaksanakan dengan penuh disiplin”.

“Kami mahu menghimpunkan dan meraikan kepelbagaian bakat yang datang daripada pekerja dan profesional, mahasiswa dan aktivis, agamawan dan seniman.

“Saya yakin AMK Untuk Malaysia mewakili pasukan terbaik serta paling teruji untuk membawa AMK dan parti ke tahap yang seterusnya,” katanya dipetik Malaysia Kini.

Hizwan Ahmad yang berusia 31 tahun dan bakal bertanding sebagai naib ketua AMK merupakan bekas calon PKR bagi Parlimen Muar pada pilihan raya tahun lalu.

R Sri Sanjeevan pula adalah pengerusi NGO pemantau jenayah, Crimw Watch Task Force (MyWatch) yang koma 35 hari akibat ditembak selepas membuat dakwaan mengaitkan polis dengan jenayah.

nik2Selain mereka, ADUN Semambu dari Pahang, Lee Chean Chung dan ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min turut bertanding merebut kerusi exco AMK bersama 12 lagi calon lain dari pasukan AMK Untuk Malaysia.

Mereka adalah peguam Murnie Hidayah Anuar, Mohd Faizal Mohd Yusak, Tamil Selvan, Mohd Azlan Helmi, Abdul Raafidin Majidi, Mohd Naquib Carmeil Rosli, Noor Amin Ahmad, Mohd Firdaus Sobri, Chua Wei Kiat, Sandra Ng, M Shamugam serta Ali Khairuddin.

Turut hadir di majlis pagi ini adalah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, MP Pandan, Rafizi Ramli dan MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.