KUALA LUMPUR 15 FEB: Bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 yang bakal diadakan di Selangor 8 Mac depan, jawatankuasa penganjur mengadakan pertandingan mencipta logo.
Pada sidang media di Shah Alam 13 Februari lalu, Pengarah konvensyen itu, Ir Iskandar Abdul Samad, berkata ia menawarkan hadiah wang tunai RM1,500.
Memetik Keadilan Daily, ia terbuka kepada semua warga Malaysia dengan mensyaratkan peserta menggunakan warna rasmi Pakatan Rakyat iaitu jingga sebagai warna tema.
Penyertaan boleh dihantar ke emel [email protected].
Tarikh tutup ialah 25 Febuari depan sebelum jam 5 petang.
Sebarang maklumat lanjut hubungi Abdul Azim melalui talian 019-2661323.