Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: Anwar perjelas keputusan terperinci esok

SHAH ALAM 2 FEB : Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membuat penjelasan terperinci berhubung keputusan PKR meletakkan beliau sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, esok (3 Feb).

Anwar berkata penjelasan itu akan dibuat pada satu majlis di Kajang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Anwar KhalidDalam pada masa yang sama akan dilancarkan jentera PRK N25 DUN Kajang dijadualkan diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra Kajang bermula jam 9.00 malam.

“Kita bercakap soal pentadbiran yang baik dan pengurusan ekonomi tetapi tidak mengambil berat kekuatan politik untuk Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan.

“Kita tidak boleh bercakap soal kerajaan alternatif tanpa kemampuan untuk menunjuk dan membuktikan kita boleh kawal ribut ini,” katanya dipetik dari The Malaysian Insider.

Terdahulu, Anwar memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 penduduk tempatan di kawasan Parlimennya itu mengenai keputusannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.