Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: SPR perlu bidas rancangan Umno-BN guna taktik keji, lucah

SHAH ALAM, 3 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus membidas rancangan Umno-BN untuk menggunakan taktik keji dan lucah dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Pengerusi SPR perlu tanpa kompromi dan pro-aktif mempertahankan integriti proses pilihan raya kerana itu adalah kewajipan untuk berbuat demikian di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kegagalan berbuat demikian membuktikan SPR adalah ‘harimau tak bertaring’ dan berat sebelah, bahkan memihak kepada BN.

20130623_PKR_Padang_Serai_N_Surendran“Ini tindakan yang tidak beretika, kotor dan terdesak oleh Umno untuk menuduh Anwar serta Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, rancangan Umno menjalankan kempen ‘seks dan kotor ‘ tidak boleh dipandang ringan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno bertanggungjawab atas kaedah kempen kotor Umno-BN.

Katanya, Najib tidak seharusnya membenarkan kempen jijik seperti itu dilakukan parti politiknya sebagai Perdana Menteri.

“Sebelum ini, Umno pernah mengumumkan secara terbuka untuk menjalankan kempen ‘seks dan kotor’ terhadap lawan politiknya,” katanya.

“Umno masih lagi tidak sedar kesalahan moral yang dilakukan dalam kempen pilihan raya sejak 1998 lagi. Umno merancang menggunakan rekayasa tuduhan terhadap Anwar untuk menipu dan mengelirukan pengundi pada pilihan raya kecil di Kajang nanti.

“Umno mengambil jalan pintas dalam berpolitik kerana mereka takut kesan kenaikan harga barang dan rasuah dalam BN itu sendiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.