Categories
SELANGOR

Rafizi: Langkah Kajang, hanya 17 peratus tidak setuju itupun pengundi BN

Oleh: Norhayati Umor

PETALING JAYA 19 FEB : Hanya 17 peratus pengundi tidak bersetuju dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan ekoran perletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata bagaimanapun sekumpulan kecil itu merupakan pengundi Barisan Nasional (BN).

rafizi-pc-white-stripes-03Manakala 83 peratus lagi responden bersetuju dengan pilihan raya terbabit dan menganggap perletakkan jawatan Lee tidak memberi kesan kepada mereka.

“Keputusan sudah jelas, hanya 17 peratus yang tidak setuju dengan pilihan raya kecil ini, dan melihat profil mereka, majoriti terdiri daripada penyokong tegar BN.

“21 peratus responden tertanya-tanya mahu tahu apakah calon yang baru boleh lakukan untuk Dun mereka, 26 peratus menganggap tidak memberi kesan kepada mereka, 26 peratus lagi menyokong tindakan itu dan 17 peratus tidak bersetuju,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

kajang moveKaji selidik berkenaan reaksi perletakkan jawatan Lee itu dilakukan ke atas 361 responden pengundi di Kajang, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tidak wujud rasa tidak puas hati pengundi sekiranya menjaga kepentingan rakyat.

“Apa yang penting kita jaga kebajikan pengundi. Isu yang menjadi dominan ketika ini ialah isu setempat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.