Categories
NASIONAL

Rafizi: Pejabat PM takut terima memorandum isu Taib macam takut terima bom!

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 26 FEB: Berdolak-dalik dan ketakutan seolah-olah diberikan bom, demikian reaksi yang ditunjukkan pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

Ia ekoran kedatangan Rafizi Ramli dan pimpinan PKR Sarawak bagi menyerahkan memorandum menggesa Perdana Menteri menangguhkan pencalonan Pehin Seri Taib Mahmud sebagai Tuan Yang Dipertua Negara Sarawak.

Rafizi SAMPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata beliau sudah pun memaklumkan kepada dua pegawai di PMO mengenai tujuan kedatangan beliau dan Naib Pengerusi PKR Sarawak, Chee How.

Malangnya, kata Rafizi, reaksi ditunjukkan pegawai ketika itu memberi pelbagai alasan tidak menerima memorandum tersebut malah ‘menyoal siasat’ Rafizi.

“Pegawai sama turut memberi alasan seolah-olah mereka tidak tahu mengenai kunjungan kami menyebabkan terpaksa menunggu lebih sejam,” kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Kata Rafizi lagi, selepas menunggu lebih sejam akhirnya beliau dan Chee How terpaksa beredar bagi mengelakkan Chee How yang juga Adun Batu Lintang itu terlepas penerbangan pulang ke Sarawak.

” Ini menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut berhadapan dengan isu melibatkan Taib.

“Ini menguatkan persepsi Najib tidak mempunyai apa-apa pengaruh ke atas Ketua Menteri Sarawak itu walaupun Perdana Menteri mengetuai Barisan Nasional,” kata Rafizi lagi.

Rafizi juga memaklumkan memorandum terbabit, walaupun tidak diterima PMO, beliau tetap akan menghantarnya melalui pos dengan secepat mungkin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.