Categories
NASIONAL

Rakyat boleh dapat BR1M RM1,200 jika MAS tidak rugi RM4.1 bilion

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 25 FEB: Rakyat wajar menerima Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) berjumlah RM1,200 sekiranya Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata penerima BR1M patut menerima jumlah itu seperti yang dijanjikan di bawah Manifesto PRU13 BN, dan bukannya dikurangkan kepada RM650.

one off copy BRIMKatanya, MAS mengalami kerugian sebanyak RM1.17 bilion tahun lepas, RM433 juta pada 2012 dan RM2.5 bilion pada 2011.

“Kerugian tiga tahun ini yang berjumlah RM4.1 bilion hampir mencukupi untuk menampung perbezaan RM650 yang berjumlah RM4.5 billion yang diperlukan untuk menaikkan bayaran BR1M kepada RM1,200,” kata Guan Eng.

Kata Guan Eng, walaupun MAS masih mempunyai baki tunai sebanyak RM3.9 bilion pada akhir tahun lepas, adalah tidak bertanggungjawab dan berbahaya untuk meneruskan “perniagaan seperti biasa”.

Beliau berkata, Singapore Business Times mencadangkan MAS diisytiharkan muflis bagi membenarkan permulaan baru yang diperlukan untuk memulihkan semula syarikat penerbangan bermasalah.

“Ini kerana MAS buntu dalam menyelesaikan masalah lebihan kakitangan dan “kontrak perolehan berat sebelah” dalam hal penyelenggaraan sehingga ke katering makanan.

Mas-1“Tiada siapa yang terkejut bahawa kronisme dan tipu muslihat adalah salah satu punca utama MAS terus merosot,” kata Guan dalam kenyataan medianya.

Katanya, beliau bagaimanapun tidak bersetuju cadangan mengisytiharkan MAS muflis, kerana bukan sahaja memalukan tetapi memberi kesan buruk ke atas pekerja MAS.

“Khazanah mesti menyediakan satu pelan konkrit untuk menyelamatkan MAS, termasuk melaksanakan tender terbuka kompetitif yang menjadi amalan antarabangsa dan penilaian berasaskan prestasi untuk semua pekerja, termasuk pengurusan tertinggi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.