Categories
NASIONAL

SAMM lancar Suara Rider bela nasib penunggang motorsikal

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 FEB : Prihatin dengan penindasan dan diskriminasi ke atas penunggang motorsikal oleh pihak penguatkuasa undang-undang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantu anak muda melancarkan kempen Bantah Diskriminasi Terhadap Penunggang Motorsikal atau dikenali dengan nama ‘Suara Rider’.

Penyelaras SAMM Kedah, Miqhdad Shukri, berkata ‘Suara Rider’ diperkenalkan dengan hasrat memastikan suara penunggang motorsikal dapat didengari oleh kumpulan pembuat dasar, penguatkuasa dan masyarakat.

1 Feb Stadiium (5)Katanya, penunggang motorsikal sekian lama menjadi mangsa penindasan dan diskriminasi oleh penguatkuasa Undang-Undang, lebih lagi melalui sekatan jalan raya.

“Seringkali sekatan jalan raya yang mensasarkan penunggang motorsikal diadakan sedangkan pengguna jalan raya yang lain juga sering melakukan kesalahan undang-undang jalanraya.

“Supaya isu ini dapat diperhalusi dan masalah diskriminasi terhadap penunggang motorsikal diselesaikan segera dan satu Kertas Panduan Operasi Standard (SOP) yang jelas dapat dikeluarkan.

“Ia supaya semua anak muda faham dan tahu apakah hak mereka, larangan dikenakan sewaktu menunggang motorsikal,” katanya dalam kenyataan media.

Pada 1 Februari lalu, kempen terbabit dirasmikan di Stadium Daruk Aman, Alor Star

Buat pertama kalinya, kempen ini memulakan aksi seramai 500 buah motorsikal berkumpul di perkarangan stadium untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

Pelancaran kempen pada hari itu turut disertai dari pelbagai kelab motorsikal dari seluruh negeri Kedah.

Turut hadir bersama dalam pelancaran ini adalah Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, ADUN Kubang Rotan, Nasir Mustafa sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.

31 Jan Sedim (7)“SAMM turut menyatakan sokongan dan bantuan kepada anak muda ini dengan memastikan agar saluran yang mereka gunakan ini adalah betul dan sah di sisi undang-undang.

Miqhdad berkata kempen itu akan dijalankan di seluruh pelusuk negara dengan kerjasama kumpulan penunggang motor di setiap negeri bagi memastikan suara penunggang ini dapat didokumenkan untuk didengari banyak pihak.

Antaranya termasuk Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai kempen in boleh didapati di www.facebook.com/suara.rider dan www.anakmudamalaysia.com

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.