Categories
SELANGOR

SAMM Perlis sokong Abdul Khalid jadi Pengarah PRK Kajang

SHAH ALAM 2 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis menyatakan sokongan terhadap cadangan agar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengarah Pilihanraya untuk DUN Kajang.

Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil, berkata SAMM Perlis dan sekutunya bertekad menggembeling seluruh kekuatan jenteranya berkampung di Kajang bagi membantu jentera pilihanraya PR serta mempertahankan DUN Kajang.

sammKatanya, tragedi pahit berikutan kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Kedah lantaran perpecahan dalaman perlu diambil iktibar oleh semua pendokong PR dan tidak mahu ianya berulang di Selangor.

“Kita perlu sedar tentang hakikat bahawa Selangor adalah merupakan negeri paksi utama kepada Pakatan Rakyat, justeru negeri ini wajib dipertahankan oleh para pendokong PR dan gerakan Asal Bukan Umno,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bahawa krisis sedang dicipta oleh ‘parasit’ tertentu di negeri itu dan ianya hendaklah ditamatkan segera.

“Bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa ‘parasit’, maka SAMM Perlis dengan jiwa besar menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil N25 Kajang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.