Categories
SELANGOR

Selangor lancar kempen Sihat Selangor, jamin kehidupan sejahtera

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 FEB: Kerajaan negeri sentiasa berusaha bagi memastikan rakyat Selangor menitik beratkan aspek kesihatan serta amalan gaya hidup sihat demi menjamin kehidupan sejahtera.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Daroyah Alwi, berkata atas rasa tanggungjawab itu kerajaan negeri akan melancarkan Kempen Gaya Hidup Sihat (Sihat Selangor), pada 15 Februari ini.

Katanya, kempen itu juga akan dilaksanakan di semua 12 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor sepanjang tahun ini.

daroyah“Penjagaan kesihatan yang lemah dan tidak teliti mampu menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit serta penyakit kronik.

“Kita akan menumpukan usaha memberi kesedaran awam berkenaan kepentingan amalan bersenam, pemakanan dan diet yang sihat, sikap positif serta pemeriksaan kesihatan berkala bagi mengelakkan penyakit,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK, di sini, semalam.

Daroyah berkata, majlis perasmian kempen akan disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan turut melancarkan logo Sihat Selangor.

MB Sukan PKNS 01“Menteri Besar, Exco dan tetamu kehormat lain juga akan turut serta bersama orang awam dalam kempen berjalan 10,000 langkah dan mereka akan berjalan mengelilingi trek lumba,” katanya.

Sehubungan itu, Daroyah menyeru orang ramai untuk hadir memeriahkan pelacaran Kempen Gaya Hidup Sihat yang akan diadakan di Stadium Kajang.

Pelbagai program menarik disusun antaranya demonstrasi makanan sihat, tarik tali kain pelikat, sharp shooter bola sepak dan bola jaring, persembahan silat seni Rajawali serta persembahan wushu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.