Categories
KENYATAAN MEDIA

Wabak Denggi makin kritikal, semua patut serius lipat ganda usaha

Oleh: Dr. Rosni Adam

Berdasarkan statistik semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, berlaku peningkatan sebanyak 251% kes denggi yang telah dilaporkan sehingga minggu keempat bulan Januari 2014. Sebanyak 7,370 jumlah kes berbanding 2,098 kes bagi tempoh yang sama tahun 2013.

Lebih membimbangkan, pada minggu keempat bulan Januari 2014 telah mencatatkan kes paling tinggi mingguan dan ia cukup membimbangkan serta boleh menimbulkan suasana panik dikalangan rakyat. Tambahan pula, setakat ini sudah 9 kematian telah dilaporkan bagi tempoh masa yang sama.

AedesSaya menyeru negeri-negeri yang mencatatkan kadar pembiakan Aedes yang masih tinggi seperti di Pulau Pinang, Sarawak, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, agar dapat melipatgandakan usaha untuk membanteras pembiakan wabak tersebut dan seterusnya boleh mengurangkan kadar kes pada masa yang akan datang.

Saya juga berharap agar bekalan Bacillus Thuringiensis Israelensis (Bti) yang digunakan daripada kaedah kawalan biologi ini mencukupi dan boleh digunakan secara konsisten sehingga ke paras yang meredakan.

Berdasarkan daripada komentar Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaysia, 99 peratus daripada katil pesakit telah dipenuhi dengan pesakit-pesakit denggi.

Ini satu contoh keadaan yang menggambarkan betapa rumitnya keadaan sekarang dan ia akan menyukarkan aksesibiliti rawatan kepada para pesakit.

Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat mengambil langkah pro aktif bagi menangani masalah tersebut.

Gempur Aedes 02Untuk membantu mengurangkan kuantititi pesakit, saya turut menggesa agar pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dapat bekerjasama untuk menyediakan bantuan ihsan ‘mosquito repellent’ kepada masyarakat melalui Ahli Parlimen dan ADUN terutama bagi kawasan-kawasan yang kritikal.

Kita akan terus berdoa kepada Allah agar ujian yang diberikan-Nya ini dapat dilalui dengan penuh kesabaran disamping memohon penyembuhan daripada-Nya.

Diharapkan juga agar semua pihak dapat mengambil langkah-langkah preventif seperti yang digariskan oleh pihak berautoriti supaya wabak ini dapat dilenyapkan.

* Dr. Rosni Adam adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published.