Categories
SELANGOR

3 kawasan Lembah Klang catat IPU tidak sihat

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 10 MAC: Kawasan Banting, Pelabuhan Klang dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi ini.

Laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati kawasan itu mencatatkan IPU melebihi 100 dengan Banting (122), Pelabuhan Klang (141) dan Putrajaya (108).

JEREBUSementara itu Kuala Selangor mencatatkan (91), Petaling Jaya (83) dan Shah Alam (90).

JAS mengkategorikan IPU pada tahap 0-50 sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Menurut laman web itu, menjelang awal petang atau lewat tengah hari, kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan.

Untuk mengetahui perkembangan semasa bacaan IPU di kawasan masing-masing, orang ramai boleh mengunjungi portal JAS di alamat http://apims.doe.gov.my

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.