Categories
NASIONAL

60 peratus aset APMM berusia lebih 50 tahun

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 13 MAC: Ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat terkejut apabila diberitahu lebih 60 peratus aset yang dimiliki Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berusia lebih 50 tahun.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata perkara itu didedahkan ketika pihak kerajaan menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“Agensi yang jadi akan ke depan dalam operasi mencari dan menyelamat termasuk jadi kordinator insiden MH370 ini adalah APMM.

Shamsul Iskandar Kongres“Dr Mujahid tanya di Parlimen, bagaimana aset dan kekuatan APMM tetapi jawapan yang menyedihkan, kerajaan kata lebih 60 peratus aset APMM ini berusia lebih 50 tahun. Patut sudah kena tukar.

“Bayangkan aset buruk disuruh cari kapal terbang. Betapa malunya kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam ceramah yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.

Shamsul turut menyatakan keraguan terhadap kemampuan kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

downloadSementara itu, ketika menyentuh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Shamsul menyeru ahli Umno sedar kecurangan yang dilakukan pemimpin mereka.

“Saya ingin merayu kepada rakan anggota biasa Umno ini, yang mewah, kaya-raya pemimpin.

“Hendak terbangkan isteri pemimpin sampai lebih RM400 ribu tetapi rakyat hidup susah, disuruh berjimat. Makan juga disuruh makan kangkung,” katanya.

Shamsul berharap pengundi PRK Kajang memberikan ‘pukulan k.o’ kepada Barisan Nasional sebagai manifestasi bantahan terhadap kebiadaban BN mengongkong institusi kehakiman dan membiarkan rasuah berleluasa.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.