Categories
NASIONAL

Anwar desak dedah dalang ‘bomoh 1Malaysia’

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak penyiasatan segera dilakukan ke atas dalang yang menjemput ‘Raja Bomoh’ melakukan ritual dalam misi menjejak MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.

Anwar menegaskan, bomoh itu menjalankan ritual dengan mendapat kebenaran yang membolehkan mereka menjalankan upacara berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ada kata mungkin salah Anwar yang hantar bomoh. Tetapi, sebenarnya siapa bagi kuasa, mana JAKIM, mana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri?

“Siapa yang bagi kebenaran buat kerja begitu. Sudahlah syirik, khurafat, dibayar dan dipanggil pula sidang media antarabangsa.

1613837_10203372767745700_571940795_n“Tidakkah nampak bodohnya kita? Tidak malukah kita?,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut mendapat ratusan e-mel daripada luar negara yang bertanya apa yang terjadi dengan Malaysia hingga menggunakan khidmat bomoh.

“Saya jawab, kami tidak tahu baik awak tanya Perdana Menteri atau isterinya.
“Tapi soal bomoh ini, saya nak gesa perlu ada siasatan penuh kerana ia satu kejadian yang merosak dan memalukan negara.

“Saya nak tanya siapa luluskan, bayar, bagi kebenaran dan semua sepenuhnya kerana ini insiden yang mencemarkan imej negara, tetapi lencana 1Malaysia itu terpampang bomoh 1Malaysia,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.