Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Dialog penduduk rapat pemimpin,agensi dan masyarakat

Oleh: Lizawati Madfa

SUBANG JAYA 2 MAC : Dalam usaha menangani isu dan permasalahan setempat, satu majlis dialog bersama penduduk diadakan Taman Permainan Wangsa Baiduri di sini baru-baru ini.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata pihaknya turut memanggil wakil pihak berkuasa menyertai dialog bagi mendengar sendiri keluhan penduduk setempat.

photo 3Katanya, dengan itu penduduk serta pihak berkuasa mempunyai lebih ruang untuk berkongsi pandangan dan idea dalam menjaga keharmonian kawasan mereka.

“Kita juga membincangkan dan menjelaskan isu-isu terkini di Selangor termasuk isu air dan denggi yang berada di tahap membimbangkan ketika ini.

“Turut dibincangkan ialah isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Penduduk juga berpeluang untuk bertanya sebarang soalan dan mendengar jawapan secara terus daripada ahli panel yang dijemput,” katanya.

photo 2Turut menyertai Hannah dalam dialog malam tadi ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Ketua Balai Polis Subang SS17, Inspektor Sulaiman Baputty dan Ketua Balai Bomba SS17, Norizan Abu Bakar.

Selain slot dialog, lebih 200 hadirin yang hadir juga berpeluang membuat aduan kepada Jabatan Perancangan Korporat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui kaunter khas yang dibuka.

Sesi dialog seumpama ini merupakan kali kedua diadakan sejak Januari 2014 dan akan diteruskan di kawasan berlainan di Subang Jaya sepanjang tahun ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.