Categories
SELANGOR

Anwar: Jadikan Selangor model Pakatan terajui Putrajaya

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 MAC : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak muafakat antara Pakatan Rakyat bagi mengukuhkan Selangor sebagai ‘model state’ supaya Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menerajui Putrajaya.

Beliau berkata dalam pengukuhan itu prinsip ‘Islah Mastata’tum’ perlu sentiasa dijadikan agenda utama Pakatan.

Anwar12Anwar juga menegaskan bahawa Pakatan akan mengukuhkan kedudukan menerusi ‘langkah Kajang’ yang menjadi Referendum rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN).

“Jika Umno-BN mereka fikir boleh hentikan perjuangan saya dengan fitnah..Mereka sudah buat kesilapan besar.

“Walaupun saya tidak dapat bertanding, agenda Kajang tetap dalam strategi Pakatan.

“Ini kerana ia bukan isu Anwar tetapi ini isu keadilan, kehakiman, isu rakyat, harga barang naik, rasuah dan jenayah,” laungnya dalam ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat ke lima di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, semalam.

Beliau berkata sejarah yang berulang menerusi kes fitnah liwat itu, tidak merenggangkan hubungan pimpinan, malah persahabatan antara beliau dan lain tidak dapat diperhalusi.

Katanya, langkah itu diambil selepas mesyuarat majlis pimpinan.

“Kita wakilkan Dr Dzulkefly Ahmad, Rafizi Ramli dan Tony Pua supaya muafakat letakkan Selangor ke arah lebih kukuh.

“Kita perlu beri kefahaman kepada rakyat sistem ini berbeza dengan kempimpinan Umno, justeru mesti ada program yang serius,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.