Categories
NASIONAL

Anwar : Tony Abbot telus bentang maklumat MH370 di Parlimen, Najib?

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines System (MAS) MH370, sejak 7 Mac lalu.

Anwar turut membidas kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu kehilangan pesawat berkenaan yang sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Anwar berkata, media asing kini beratur untuk menemuramah beliau kerana kecewa dengan kaedah pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwa gagal memberi jawapan serta maklumat kepada media berkenaan kes kehilangan terbabit.

“Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. Mereka kata Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat berkenaan MH370 itu.

“Perdana Menteri Australia, Tony Abbot apabila dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia,” katanya ketika berucap pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, di Taman Mewah, di sini, semalam.

Memetik Keadilan Daily, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian sebagai merujuk keengganan Parlimen membahas isu MH370 dan sesi taklimat yang hanya membabitkan Ahli Parlimen BN di Aloft Kuala Lumpur Sentral, kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.