Categories
SELANGOR

SAMM : ‘Chinese for Chinese’ serlah politik perkauman BN

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 21 MAC: Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Mohd Ariff Mat Nasir dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuatnya, pada 19 Mac lalu.

Laporan polis terbabit berkenaan transkrip ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Joseph Kurup yang mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dengan meminta pengundi Cina menyokong calon kaum itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, pada 23 Mac ini.

Ucapan berkenaan disampaikan dalam satu majlis ‘Sayangi Komuniti’ yang menggunakan dana Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi tujuan kempen pilihan raya.

IMG_7058Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin yang hadir menemani Mohd Ariff berkata, PRK DUN Kajang sekali lagi menyerlahkan sikap Barisan Nasional (BN) yang terus mengamalkan politik perkauman.

“Transkrip itu dengan jelas beberapa kali menyebut perkataan supaya mengarahkan orang Cina mengundi calon daripada mereka dan jangan mengundi orang Melayu.

“PRK DUN Kajang sekali lagi menyerlahkan sifat perkauman BN yang memecahbelahkan rakyat dan dasar pecah perintah.

“Strategi mereka berkempen di kawasan Cina menggunakan slogan C4C yang membawa maksud ‘Chinese For Chinese’ dan di kawasan Melayu dengan mengatakan PKR dan Pakatan Rakyat liberal, anti-Melayu dan sebagainya,” katanya pada sidang media ringkas di luar pintu masuk IPD Kajang, hari ini.

IMGKatanyanya, perkara itu menyalahi Akta Pilihan Raya dan polis seharusnya turut memanggil menteri berkenaan bagi memberi keterangan.

Pada masa sama, persediaan Himpunan Reformasi 2.0 yang akan berlangsung di Stadium Kajang berjalan lancar dan diharapkan ramai penyokong akan hadir, pada malam ini.

Katanya, peringkat sekretariat bilik gerakan utama sudah memaklumkan kepada polis dan diharapkan tidak ada sebarang masalah dalam program penganjuran berkenaan.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.