Categories
NASIONAL

Anwar : Peningkatan undi kaum Cina masih ‘malapetaka’ untuk MCA

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang mengagumkan kerana berjaya meningkatkan peratusan sokongan pengundi Melayu lebih 50 peratus.

Katanya, undi Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat (PR) lebih rendah berbanding PRK Kajang, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

“Undi popular kita meningkat 59.7 peratus, berbanding 57 peratus pada PRU-13 lalu. Walaupun Umno mengatakan jumlah undi kita merosot, tetadi di kebanyakan negara lain 72 peratus itu masih dikira tinggi.

Anwar Ibrahim Konvensyen Days Saing Komoditi 01“Yang pentingnya, peratusan kita meningkat di kawasan Melayu dan kalangan anak muda. Umno tidak boleh lagi meneruskan propaganda PR didukung sebahagian masyarakat Melayu sahaja.

“Wan Azizah yang juga seorang calon Melayu bertudung berjaya menunjukkan sokongan kaum Melayu dan masyarakat Cina. Saya sifatkan ia sebagai sesuatu yang mengagumkan,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anwar menegaskan, walaupun berlaku peningkatan undi kaum Cina dan sokongan kepada MCA, namun ia masih dianggap ‘malapetaka’ kepada parti itu.

Dr Wan Azizah semalam berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas menewaskan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.