Categories
SELANGOR

Anwar: Pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie

Oleh : Lizawati Madfa

KAJANG 22 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tuduhan pihak tertentu yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) cuba mempolitkkan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH 370 yang kini memasuki minggu ketiga.

Ketua Pembangkang itu sebaliknya berkata sejak menerima berita menyedihkan itu, beliau segera memberi arahan agar isu berkenaan hukuman lima tahun penjara ke atasnya tidak dibicarakan mana-mana pimpinan PR di media massa.

Kapten Zaharie Ahmad ShahMalah, katanya, PR juga menyokong penuh segala usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk oleh Kerajaan Pusat dan tiada langsung mengeluarkan sebarang kenyataan negatif.

“Saya kata (dengan pimpinan), jangan sebut tentang Anwar.

“Tetapi kemudian UK Daily Mail dapat maklumat mengatakan Kapten Zaharie penyokong PR yang fanatik, jadi saya hendak tanya siapa yang memberi maklumat itu.

“Kemudian media Umno termasuk blogger pro Umno semuanya mula mempertikai hubungan ini, jadi ini apa, bukan politikkah,” katanya di hadapan lebih 10,000 penyokong di ceramah Reformasi 2.0 malam tadi di Stadium Kajang.

BjRL89ACYAAQBj4Mengulas lanjut, beliau turut mempertikai tindakan Kerajaan Pusat yang mengenepikan Ahli Parlimen PR sewaktu taklimat MH 370 diberikan selain menolak usul bagi membincangkan kehilangan pesawat itu di parlimen.

“Bagi penjelasan kat Parlimen tidak mahu dan kemudian heboh (Kapten) Zaharie (Ahmad Shah) kenal Anwar.

“Jadi, siapa adik beradik saya salah, siapa sokong saya berdosa. Ini apa punya politik,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau mengingatkan Kerajaan Pusat untuk berhenti memanipulasikan maklumat seolah-olah mahu menyalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam misteri kehilangan MH370.

“Kamu cuai yang cuai, kamu tidak tahu menjaga radar. Kamu tidak tahu menjaga keselamatan negara. Kamu tidak boleh jawab hilang pesawat, kamu hendak salahkan juruterbang tanpa sedikit pun bukti.

“Saya katakan tanpa alasan dan bukti, kita pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie,” tegasnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.