Categories
SELANGOR

Anwar sokong kerjasama struktur semula industri air

KAJANG 3 MAC: Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong sepenuhnya kerjasama antara kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan dalam isu penstrukturan semula industri air.

Beliau menolak tanggapan bermasam muka dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak tahu menahu kandungan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai itu.

“Saya sokong sepenuhnya dasar (itu). Saya terlibat, cuma bila orang tanya mengenai MOU, saya kata memang tak tengok MOU.

“Saya bukan Umno, (saya) kena tengok dulu (MOU) itu,” kata beliau dalam ceramah di Taman Saga Emas, Kajang semalam.

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan Persekutuan manakala kerajaan Selangor diwakili Khalid menandatangani MOU itu di Putarajaya, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memetik Malaysia Kini, Anwar sudahpun diberi taklimat MOU itu semalam oleh pegawai yang dihantar Khalid.

Anwar yang baru pulang dari Jepun semalam sekali lagi menafikan tidak diberi maklumat mengenai hal penstrukturan semula itu.

“Khalid hantar pegawai beliau untuk menerangkan kepada saya untuk mengemas kini maklumat isu ini (air) sepanjang masa.

“Cubaan kata kami bergaduh hanya rekaan,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.