Categories
NASIONAL

Anwar : Zaharie cintakan reformasi demokrasi

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 MAC : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah media bahawa juruterbang MAS yang mengendalikan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah seorang pengganas.

Bercakap kepada wartawan CNN, Christiane Amanpour dalam satu wawancara semalam, Anwar berkata, Zaharie adalah seorang yang cintakan reformasi demokrasi serta menentang sebarang bentuk tindakan ekstrim.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menolak dakwaan Zaharie bertindak balas atas hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan kepada beliau, pada 7 Mac lalu.

pic anwar - umno gagal tangani keselamatan“Daripada maklumat yang saya peroleh, rakannya terganggu dengan laporan yang ditulis berkenaan Zaharie, bahkan ramai yang lain turut terganggu. Maksud saya, kami terkejut dengan kelajuan proses mahkamah rayuan.

“Tetapi, saya rasa itu perkara biasa dan tidak fikir ia akan menyebabkan seorang yang pakar dan berkaliber seperti Zaharie melakukan aktiviti yang tidak diingini. Saya yakin berkenaan perkara itu,” katanya.

mas2Sebelum ini, terdapat laporan media asing mengatakan Zaharie menghadiri perbicaraan Anwar di Putrajaya, beberapa jam sebelum pesawat berlepas, pada 8 Mac lalu.

“Zaharie tidak berada dalam mahkamah tetapi mungkin berada di luar premis mahkamah kerana kamar mahkamah mempunyai kapasiti yang terhad.

“Namun, daripada maklumat yang saya kumpul daripada rakan yang hadir pada perbicaraan itu, tidak ada sesiapa yang benar-benar melihat Zaharie berada di premis mahkamah,” katanya.

Anwar bagaimanapun mengakui mengenali Zaharie sebagai seorang aktivis PKR dan pernah menemui Kapten MAS itu beberapa kali sebelum ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.