Categories
KENYATAAN MEDIA

Arahan Solat Hajat mohon keselamatan & kejayaan operasi menyelamat pesawat MAS hilang

Dewan Ulamak PAS Pusat berkongsi kesedihan dan kebimbangan ahli keluarga terhadap status keselamatan 239 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.

Untuk itu Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan seluruh ahli Dewan Ulamak memimpin solat hajat bersama masyarakat selepas isya’ malam ini memohon kepada Allah keselamatan dan kejayaan operasi mencari pesawat yang hilang.

Dalam masa yang sama Dewan Ulamak mengharapkan seluruh ahli keluarga yang terlibat sama ada rakyat Malaysia atau rakyat asing bersabar atas ujian yang berlaku.

Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Mac 2014 jam 6.30 ptg

Leave a Reply

Your email address will not be published.