Categories
NASIONAL

AS periksa kemungkinan lebih ramai rakyatnya atas MH370

KUALA LUMPUR 11 MAC: Kerajaan Amerika Syarikat sedang memeriksa kemungkinan terdapat lebih daripada tiga orang warga negara itu berada di atas peswat MH370 yang hilang Sabtu lalu.

Pegawai maklumat Kedutaan Amerika Syarikat, Harvey Sernovitz berkata ia mungkin timbul apabila ada kemungkinan seseorang mempunyai dua kewarganegaraan dan menggunakan pasport yang berbeza.

fbi-sfSpanSernovitz menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Penerbangan Malaysia untuk mendapatkan kepastian tersebut.

Ketiga-tiga rakyat Amerika Syarikat yang tersenarai dalam senerai penumpang ialah Philip Wood, 51, dan dua kanak-kanak : Nicole Meng , empat tahun, dan Yan Zhang, dua tahun.

Beliau juga berharap aset tentera Amerika Syarikat yang dikerahkan bagi usaha mencari dapat mempercepatkan penemuan MH370.

“Saya rasa dari perspektif teknologi , peralatan radar dan sonar yang dibekalkan mampu membantu usaha yang dilakukan oleh Malaysia (mengesan MH370) dan semua pihak memainkan peranan yang penting.”

Susulan permintaan dari kerajaan Malaysia, Amerika telah menghantar dua kapal tentera laut, USS Pinckney (DDG 91 ) dan USNS John Ericsson.

Amerika Syarikat juga turut menghantar sebuah pesawat Orion P -3C yang mempunyai radar carian jarak jauh, sonar dan keupayaan komunikasi.

Dipetik : Astro Awani

Categories
NASIONAL

MH370 dirampas atau meletup di udara, DCA tidak tolak kemungkinan

KUALA LUMPUR 10 MAC: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak sebarang kemungkinan yang berlaku ke atas pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu, termasuk kemungkinan ianya dirampas.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya juga memerlukan bukti yang kukuh untuk menyokong segala kemungkinan-kemungkinan tersebut.

Grafik MAS“Pada tahap ini kami tidak menumpukan pada mana-mana kemungkinan… kita melihat pada semua sudut tentang apa yang mungkin berlaku pada pesawat tersebut,” katanya pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada Isnin.

Kata beliau, selain kemungkinan pesawat berpatah balik, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara.

Namun katanya untuk memastikan apa yang betul-betul berlaku pada pesawat Boeing 777-200 itu, pihaknya memerlukan sekurang-kurang serpihan daripada pesawat untuk kajian forensik.

“Malangnya sekali lagi kita tidak dapat menemui mana-mana bahagian pesawat ataupun untuk mengesan di mana ia berada,” jelas Azharuddin.

Katanya, pihak DCA juga telah menggiatkan pencarian di Selat Melaka untuk mengesan kemungkinan pesawat berpatah balik.

Kata beliau, meskipun ia merupakan satu teori tetapi mereka tidak boleh menolak kemungkinan tersebut.

US-VIETNAM-MALAYSIA-AVIATION-ACCIDENTPenerbangan MH370 itu disahkan DCA sebagai hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebelum itu, MAS dilapor berkata pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat itu telah masuk hari ketiga, namun ia masih gagal dikesan.

Dipetik: Astro Awani

Categories
NASIONAL

Vietnam belum jumpa objek dipercayai pintu MH370

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 10 MAC: Pasukan pencari dan penyelamat Vietnam melaporkan masih tidak menumpai objek empat segi yang dilihat pada petang Ahad dipercayai pintu pesawat MH370 yang hilang dua hari lepas.

Ketua Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Vietnam, Doan Huu Gia, yang dipetik dari Associated Press (AP), berkata pada Isnin menyatakan enam pesawat dan tujuh kapal laut dari Vietnam mencari objek empat segi itu tetapi masih sehinggan berita ini dilaporkan pada jam 11.00 pagi belum menjumpai sebarang petanda.

flotingSebelum ini, pasukan pencarian Vietnam melaporkan penemuan apa yang mereka percaya sebagai pintu dan ekor pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak Sabtu pagi.

Bahagian itu kemungkinan pintu dalam komposit dan sebahagian ekor pesawat, lapor The Wall Street Journal.

Dilaporkan bahagian itu ditemui 50 batu daripada Barat daripada Daya Pulau Chu di Vietnam Selatan.

Dikatakan juga Vietnam tidak dapat mendaratkan pesawat air berdekatan kawasan itu untuk mengesahkan sama bahagian itu berpunca daripada pesawat yang hilang.

Dalam pada itu, Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin.

TienphongAustralia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, menurut Australian Associated Press.

Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi.

Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.

Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing.

EZY

Categories
NASIONAL

Australia hantar pesawat kedua cari pesawat MH370

KUALA LUMPUR 10 MAC: Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak awal Sabtu.

Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, menurut Australian Associated Press.

kapal MH370 2Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi.

Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.

Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pihak berkuasa menyiasat hubungan dengan keganasan, berikutan dua penumpang pesawat itu yang membawa 227 penumpang disyaki menggunakan pasport curi.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop menghubungi rakan sejawatannya dari Malaysia untuk memberi sokongan.

Beliau berkata laporan kehilangan pasport menjadi tumpuan.

“Mungkin tidak terdapat kaitan langsung tetapi ia merupakan perkembangan membimbangkan,” Bishop memberitahu radio ABC pada Isnin.

“Para pegawai kami sentiasa menghubungi pihak berkuasa di Malaysia.”

Malaysia telah menubuhkan pusat penyelarasan menyelamat dengan puluhan kapal dan pesawat sedang mencari pesawat yang hilang, katanya.

Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Singapura dan China turut menghantar bantuan untuk menyertai usaha mencari.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Kawasan carian diperluas, kehilangan MH370 terus membingungkan

Cuaca malam itu baik. Langit cerah diterangi cahaya bulan. Kerlipan dan cahaya lampu dari pelantar minyak dan serta bot nelayan kelihatan jelas seperti rentetan mutiara menebari seluruh perairan di timur laut Kota Bharu. Dan pesawat MH370 yang terbang pada malam itu lenyap begitu sahaja.

Untuk tiga hari berturut-turut, lebih banyak kapal dan pesawat sedang mencari kehilangan Boeing 777- 200ER yang membawa 239 penumpang sejak ia terputus hubungan dengan pengawal trafik udara pada jam 1:30 pagi Sabtu.

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769Tiada siapa melaporkan terdapatnya letupan di udara dan pihak berkuasa Amerika Syarikat juga mengesahkannya daripada data yang diperoleh dari satelit dan radar pengesan di kawasan itu, yang juga salah satu bahagian paling sibuk di Laut China Selatan.

The Wall Street Journal hari ini melaporkan, misteri kehilangan pesawat MH370 adalah sesuatu yang penting sehingga zon lokasi yang disyaki dengan cepat menjadi zon ketenteraan dengan kehadiran pelbagai jet pejuang, kapal perang canggih dan berharga jutaan ringgit untuk bersama-sama menyertai misi mencari dan menyelamat.

Mereka mengenepikan pemusuhan dan bekerjasama untuk mencari jet yang mempunyai penumpang dari 14 negara, majoritinya dari China.

Namun sehingga kini, tiada bukti kukuh ditemui berkenaan pesawat yang hilang tentang nasibnya atau di mana ia berada.

Tentera Laut Vietnam mendedahkan pada hari Ahad bahawa ia ternampak kemungkinan serpihan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) semasa rondaan Twin Otter, 50 batu di selatan barat daya pulau Tho Chu.

TienphongTentera laut mengarahkan enam pesawat Twin Otter 400 DC Twin Otter 6-400 – yang boleh berlepas dan mendarat di atas air – daripada Kanada Viking Air Limited. Ia bagi meneruskan pencarian di siang hari.

Tentera lautnya menerima pesawat pertama pada akhir tahun lepas, versi terkini yang berharga C$6 juta, tidak termasuk sensor elektronik canggih, lapor sebuah akhar harian.

Ia menyertai lebih 40 kapal dan 20 pesawat lain dari China, Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura yang sedang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Tentera laut lain kini memperluaskan pencarian sejauh laut Andaman di pantai barat Thailand dan Selat Melaka antara Malaysia dan Indonesia.

kapal MH370 2Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar sebuah kapal pemusnah dilengkapi dua helikopter yang tiba di kawasan carian awal Ahad lalu, manakala Lockheed Martin, pesawat pengawasan Corp P -3C Orion dari Pangkalan Udara Kadena di Okinawa dijangka mula mencari pada hari Isnin.

Helikopter MH-60R dibina unit Sikorsky Aircraft dari Amerika Technologies Corp adalah berdasarkan USS Pinckney, turut dialihkan daripada latihan dan misi keselamatan maritim di perairan antarabangsa di Laut China Selatan.

Dipetik: The Malaysian Insider

Categories
NASIONAL

Pentagon : Tiada kesan letupan MH370 di Laut China Selatan

KUALA LUMPUR 9 MAC: Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Dipetik: Astro Awani

Categories
NASIONAL

Pakar: Kebarangkalian MH370 dirampas pengganas amat rendah

KUALA LUMPUR 9 MAC: Kebarangkalian untuk pesawat milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dirampas oleh pengganas amat rendah, kata pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna.

Ini kerana katanya pihak berkuasa Malaysia diperakui cekap dalam menangani soal keganasan.

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769“Kebarangkalian untuk serangan pengganas itu rendah kerana Malaysia telah berjaya mengawal keganasan dan amat berkebolehan dalam menangani keganasan.

“Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan tugas yang baik dalam memerangi keganasan,” katanya kepada Astro AWANI.

Namun begitu, Rohan tidak menolak kemungkinan beberapa kumpulan pengganas yang aktif beroperasi di sekitar Asia Tenggara dan Asia Timur mungkin mahu melakukan keganasan melibatkan pesawat.

Bagaimanapun katanya, kumpulan pengganas biasanya menggunakan modus operandi keganasan di darat atau air dan jarang sekali menumpukan kepada serangan udara.

Rohan juga enggan membuat spekulasi kumpulan pengganas manakah yang mungkin terlibat namun berkata antara kumpulan pengganas yang aktif di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah Al-Qaeda dan serpihannya serta Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM).

Beliau juga menambah ada kumpulan pengganas yang beroperasi di Indonesia, Filipina dan wilayah Xinjiang, China.

“Tetapi jika betul ini perbuatan pengganas, Malaysia tentu akan dapat menghidu dan membongkarnya terutama sekali dengan bantuan cawangan khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” kata Rohan.

US-VIETNAM-MALAYSIA-AVIATION-ACCIDENTTambah beliau, meskipun kebarangkalian penglibatan pengganas rendah, siasatan meliputi aspek itu tidak boleh diketepikan begitu saja.

“Pihak yang terlibat harus melakukan penyiasatan menyeluruh termasuk teknikal dan juga anti keganasan kerana ia sangat penting,” tegas Rohan, merujuk kepada penggunaan pasport palsu oleh dua penumpang MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengumumkan Malaysia sudah memaklumkan kepada agensi anti pengganas di beberapa negara untuk membantu siasatan kehilangan MH370.

fbi-sfSpanMalaysia juga katanya, akan bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat. Tiga warganegara Amerika adalah antara 239 orang yang menaiki pesawat yang hilang sejak awal Sabtu itu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang bekerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa bagi menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, PDRM sedang mengumpul maklumat daripada pelbagai pihak selain meneliti semula rakaman kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian sehingga pesawat berlepas.

Polis tidak meletakkan ancaman pengganas sebagai faktor utama kehilangan pesawat MH370 itu tetapi tidak menolak kemungkinan tersebut.

Sementara itu pensyarah Pengajian Strategik dan Antarabangsa Univerisiti Malaya (UM), Dr Roy Anthony Rogers turut senada dengan Rohan berpendapat kebarangkalian serangan pengganas adalah rendah.

“(Tetapi) saya tidak menolak terus kemungkinan ia perbuatan pengganas, tetapi jika dilihat trend serangan sebelum ini, sama ada dirampas atau sebagainya, perampas biasanya akan membawa pesawat itu ke destinasi yang lebih selektif dan simbolik,” katanya.

Menurutnya, ini kerana akitiviti keganasan biasanya ada tiga perkara iaitu rampasan, mesej di mana sasaran serangan akan disasarkan ke tempat-tempat penting dan bukannya di laut.

Yang ketiga, pengganas biasanya akan membuatkan kegiatan kumpulan mereka diketahui dan dalam insiden ini setelah lebih 24 jam, tiada laporan yang mengatakan ianya perbuatan pengganas.

Dalam pada itu seorang juruterbang MAS yang enggan dikenali berkata, sistem keselamatan Boeing 777-200 dilengkapi dengan alat kawalan canggih yang membuatkan sebarang cubaan rampasan, hampir mustahil.

“Memang tahap keselamatan pesawat tersebut tinggi. Terutama selepas kejadian serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, kebanyakan pesawat mempunyai tahap keselamatan tinggi yang tidak memungkinkan ia dirampas,” katanya.

Katanya pintu kokpit pesawat itu dilengkapi dengan kod akses serta kamera litar tertutup (CCTV) yang mana juruterbang boleh melihat segala perubahan yang berlaku di dalam kokpit.

Selain itu, terdapat juga sistem penggera yang boleh mengeluarkan isyarat senyap tanpa pengetahuan pengganas.

Dipetik: Astro AWANI

Categories
NASIONAL

MH370: CCTV rakam gerak-geri 2 individu guna pasport palsu

SEPANG 9 MAC : Gerak-geri dua penumpang misteri yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 menggunakan pasport palsu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata rakaman CCTV itu akan digunakan untuk siasatan oleh jabatan tersebut.

“Kami ada rakaman CCTV dari permulaan daftar masuk sehingga ke balai berlepas,” katanya pada sidang media di sini Ahad.

Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan tersebut, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.

Menurut laporan akhbar di Itali yang memetik Kementerian Luar Itali sebagai berkata, pasport Maraldi telah dicuri pada Ogos tahun lalu di Thailand.

Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. ”

Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

-Mstar Online-

Categories
NASIONAL

Singapura tawar kapal selam cari MH370

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 9 MAC: Kerajaan Singapura menawarkan bantuan untuk menghantar kapal selam sokongan dan bantuan untuk mencari kapal terbang Malaysian Airlines (MH 370), kata Menteri Pertahanan Singapura, pada Sabtu malam.

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769” Kita mempunyai kapal selam ini yang dilengkapi kemudahan untuk melaksanakan tugasa mencari di bawah permukaan dan membantu mencari lokasi kawasan itu serta penyelam,” katanya di petik dari portal www.straitstimes.com, hari ini.

Dr Ng berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Menteri Pertahanan, Hishammudin Hussein berkenaan kapal selam itu manakala Ketua Angkatan Laut kedua-dua negara akan melihat kepada usaha itu secara teliti.

Tentera Udara Singapura menghantar C130 Hercules, kapak pengangkut pesawat untuk mencari dan menyelamat ke kawasan berkenaan pada semalam.

Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.

US-VIETNAM-MALAYSIA-AVIATION-ACCIDENTSejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

EZY

 

Categories
NASIONAL

FBI mungkin bantu siasat ‘misteri’ kehilangan MH370

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 9 MAC : Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menggerakkan agen dan pakar teknikalnya untuk membantu menyiasat kehilangan kapal terbang Malaysian Airlines MH 370, kata pihak tertinggi badan siasatan itu di Washington pada Sabtu.

FBIKatanya, ia berdasarkan kepada asas terdapat tiga orang warga Amerika Syarikat yang merupakan penumpang kepada pesawat MH370 yang masih belum dijumpai.

Memetik laporan portal www.latimes.com, penumpang keempat warga Amerika Syarikat adalah bayi yang juga warganya.

“Ini memberikan kami peluang untuk menyiasat kes ini,” kata pegawai ini yang menyatakan siasatan itu masih lagi di peringkat terlalu awal.

“Tetapi apa yang berlaku adalah suatu misteri,” katanya.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata mereka melibat pelbagai kemungkinan wujudnya ancaman keganasan sehingga kemungkinan lain.

fbi-sfSpan“Walaupun terdapat dua penumpang yang menaikinya menggunakan pasport curi, namun ia tiada petunjuk lagi ia serangan pengganas.

“Kehilangan pasport bukanlah petunjuk jelas kepada serangan pengganas,” katanya.

Sehingga kini katanya ‘tiada bukti’ ia adalah perbuatan pengganas.

Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.

Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

EZY

 

Categories
NASIONAL

24 jam berlalu, MH370 masih belum dijumpai

KUALA LUMPUR 9 MAC: Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.

Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

9M-MRQ-Malaysia-Airlines-Boeing-777-200_PlanespottersNet_403769“Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir MH370 berhubung pada jam 1.30 pagi.

“Pasukan mencari dan menyelamat masih belum mengetahui lokasi pesawat Boeing 777-200 yang hilang,” kata MAS dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Pasukan mencari dan menyelamat dari Malaysia, Singapura dan Vietnam terus giat meneruskan usaha mencari pesawat tersebut walaupun masih belum berhasil.

“Sehingga saat ini, mereka masih gagal menemui bukti bangkai pesawat.

“Misi laut akan diteruskan malam ini manakala misi udara akan bersambung pada sebelah pagi,” menurut kenyataan MAS itu.

Ketika ini, semua ahli keluarga terdekat penumpang sedang berkumpul dan sebaik sahaja pesawat tersebut ditemui mereka semua akan dibawa dengan pesawat khas ke lokasi.

US-VIETNAM-MALAYSIA-AVIATION-ACCIDENT“Sebaik sahaja pesawat itu ditemui, Malaysian Airlines akan menerbangkan ahli keluarga penumpang ke lokasi.”‎

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

– The Malaysian Insider

Categories
NASIONAL

Konvensyen PR rakam doa keselamatan penumpang MH 370

SHAH ALAM 9 MAC: Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, di sini turut merakamkan doa keselamatan buat seluruh penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines MH370 ke Beijing yang terputus hubungan komunikasi dengan pusat kawalan.

“Kita merakam cemas dan rasa prihatin kita. Maklumat yang diterima belum muktamad.

777 a.tif“Tetapi kita mengharapkan selamat semua dan kesabaran buat keluarga,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.