Ucapan Tahniah kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semua peringkat.
Selaku Mantan Calon PRK DUN Tenang,yang pernah melalui pengalaman siri pilihan raya kecil kali ke 11 pada tahun 2011,saya ingin merakamkan rasa gembira dan ingin mengucapkan setinggi – tinggi ucapan syabas dan tahniah atas keputusan yang memuktamadkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggalas cabaran sebagai calon wanita pakatan Rakyat dalam PRK Kajang.
Juga selaku satu- satunya calon wanita pertama di Malaysia yang diamanahkan dalam Pilihanraya Kecil di Dun Tenang (siri PRK ke 11),saya juga ingin menyeru dan memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menyokong PKR yang mewakili Pakatan Rakyat untuk kita sama-sama merealisasikan hasrat membawa perubahan kepada nasib rakyat khususnya di DUN Kajang agar benar-benar terbela di bumi tercinta ini.
Memuktamadkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ,sebagai calon PRK Kajang mewakili calon Pakatan Rakyat ,adalah adalah satu manifestasi kepimpinan Pakatan Rakyat yang mengiktiraf sumbangan semua pihak,baik lelaki mahupun perempuan.
Ianya adalah penghargaan bermakna kepada wanita seluruh Malaysia, wanita Selangor dan khususnya bagi para pengundi di DUN Kajang.
Ini juga adalah kemuncak kepada keadilan perjuangan waimma pembelaan tanpa mengira jantina selari dengan tuntutan Islam terhadap wanita serta keluarga selaku rakan kongsi kaum lelaki dalam politik serta pentadbiran negara.
Ternyata isu perbezaan gender tidak timbul kerana pengiktirafan yang diberi dalam persada politik negara selama ini telah terbukti dan menghargai keterlibatan Kaum Hawa untuk bersama – sama mewarnai persada politik negara.
Sudah pasti cabaran dalam mengharungi ujian fitnah, adu domba dan serangan peribadi negatif yang direkacipta dari blogger upahan dan pihak yang tidak bertanggungjawab akan berlaku, sepanjang siri berkempen bermula 12 Mac selepas penamaan calon dan sebelum 23 Mac tapi kami kepimpinan Dewan Muslimat Pas Malaysia penuh percaya, ianya dapat diharungi dan dihadapi oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan pengalaman,ketabahan dan kesabaran beliau selama ini dalam menongkah arus perjuangan untuk masa depan generasi yang lebih bermakna dalam mewarnai landskap politik negara.
Saya optimis dan percaya bahawa pemilihan ini adalah aset terpenting untuk kita memahami seterusnya membela nasib pengundi di seluruh DUN Kajang ini.
Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merayu sokongan para pengundi semua kaum di Dun Kajang agar merebut peluang berharga ini untuk bersama-sama Pakatan Rakyat, bagi memastikan keperluan pengundi DUN Kajang dapat dipenuhi mengikut keadilan rakyat yang sebenarnya melalui proses demokrasi.
Selamat bertugas kepada semua petugas dan jentera Pakatan Rakyat dari PAS, Keadilan, DAP dari seluruh negara.
Keyakinan dan doa saya agar segala perancangan, kerja keras semua pihak dalam kempen kali ini akan diberkati Allah swt dan akan MEMENANGKAN Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dun Kajang pada 23 Mac ini.
Normala Sudirman
Dewan Muslimat Pas Malaysia